CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Persalinan Untuk Malam Konsert, Aina Abdul Kekal Identiti Berfesyen Tapi Elak Kontroversi

22-6-2022 10:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2343| Komen: 14|Original author: Tatod

Sumber IG


Bakal melangsungkan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini, penyanyi, Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika membuat persembahan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sepi itu akan mengekalkan identitinya dalam berfesyen namun tetap mengambil kira saranan yang sudah diberikan ramai pihak.

"Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil rekaan Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wn & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.


"Saya tetap kekalkan identiti Aina Abdul yang berani bereksperimen dalam berfesyen tetapi saya ambil kira sarana orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak lagi terkait dengan isu panas.


"Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang saya selalu pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar," katanya kepada Media Hiburan.

Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina mengharapkan agar perjalanan konsert tersebut akan dipermudahkan. 

Apatah lagi ANWAA 2.0 menjadi medan bagi wanita itu untuk menunjukkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih kepada semua peminatnya yang selama ini tidak pernah berhenti memberikan sokongan.


"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu buat peminat.


"Kalau boleh, pada malam konsert itu saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.

"Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya mohon doa semua peminat agar perjalanan konsert selama dua malam dipermudahkan," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-6-2022 12:40 PM
"Kalau boleh, pada malam konsert itu saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi"...

...harapan kau bagus dah, so that tak perlu sebenarnya baju yang aneh-aneh kalau kau nak tonjolkan bakat kau.... jadi distraction pada bakat mengilai kau tu dik...
Quote September14 22-6-2022 12:47 PM
Pakaian dia utk editorial lawa lah mcm kat atas tu

Tp atas stage semak je susah nak feel tgk psembahan ko nnti
Quote ashilalat 22-6-2022 12:50 PM
Edited by ashilalat at 22-6-2022 12:51 PM

Over nyah!

Dari Anwaa baik namakan Bang Non je. Pasti ramai geng lgbt datang. Lebih ramai dari skrg ni.
Quote Lavender_Violet 22-6-2022 02:41 PM
prince_marhaen replied at 22-6-2022 12:40 PM
"Kalau boleh, pada malam konsert itu saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampa ...

Tu lah tu...
Dayang Nurfaizah buat konsert lek2 jah tak de kepoh pasal costume bagai
All out guna suara & persembahan dia yg memukau tu aje
Jamal Abdillah pun..
Ni seorang Aina ni gigih nak berfesyen pelik2 atas konsert stage
Quote SherryZass 22-6-2022 02:54 PM
Ingat dek aina, kau buat konsert bukan pakaian beragam. Focus!
Quote black_handbag 22-6-2022 03:23 PM
so laku ke semua tiket2 dia yg rege firaun tu? mengucap aku tgk rege tiket. baik gi tengok circus baru rm40 tiket.. dari tengok ko aina
Quote laksmanabentan 22-6-2022 04:49 PM
SherryZass replied at 22-6-2022 02:54 PM
Ingat dek aina, kau buat konsert bukan pakaian beragam. Focus!

opkos la designer nak show off juga uollsss...
marketing tu...... nanti viral designer tu....
win win kannn.... hihihi......
Quote laksmanabentan 22-6-2022 04:50 PM
black_handbag replied at 22-6-2022 03:23 PM
so laku ke semua tiket2 dia yg rege firaun tu? mengucap aku tgk rege tiket. baik gi tengok circus ba ...

harga firaun sbb nak tgk pertunjukkan fesyen tu uoollsss..
baju2 sponsor mahal2 kot... bila lagi kannn nak lain dari yang lain...
ada penyanyi lain yang mampu... hihi...
Quote wirazam 25-6-2022 08:14 AM
Nasib suara sedap....kalau suara so so je, ko pakai apa pun org buat dek je..
Quote takkizawa 25-6-2022 10:00 AM
Suara mmg sedap. Tpi ntah. Iols rasa x memorable + muka sheols mcm muka garang. Hahaha. So iolss x berapa amik port n minat. Kenal sbb selalu kecoh baju pelik2 sheols.
Quote wirazam 25-6-2022 10:48 PM
Wahhhh hebatty
Quote woven11 25-6-2022 10:55 PM
Siapa yg pergi hari ni? Best x?
Quote beta_carotene 26-6-2022 12:06 AM
lagu baru sheols

[youtube]zb8lTsiM36k[/youtube]

mcm something missing lagu ni.. x memorable sgt
Quote apikwaeh 26-6-2022 12:19 AM
beta_carotene replied at 26-6-2022 12:06 AM
lagu baru sheols



Iols setuju... Dgr music ok.. Soothing
Tapi bila masuk dgr suara aina mcm ntahlah rasa agak serabut.. Iols suka lagi sumpah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.403777 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top