CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Johan As'ari Rasa Dipinggirkan, Dah Tak Ada Yang Berminat Nak Ambil Tahu

22-6-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3150| Komen: 28

Description: Kurang mendapat perhatian dan tidak banyak liputan mengenai dirinya di media-media utama, pelakon Johan As’ari pernah merasakan dirinya seperti tidak diambil peduli.
Kurang mendapat perhatian dan tidak banyak liputan mengenai dirinya di media-media utama, pelakon Johan As’ari pernah merasakan dirinya seperti tidak diambil peduli.


Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 35, bagaimanapun berkata dia tenang berdepan situasi itu dan mengakui sebelum ini tumpuan lebih diberikan terhadap kisah peribadi berbanding kerjaya.

Foto: IG

Dalam masa sama, Johan turut mengakui ia berpunca kelemahan dirinya tidak pandai mempromosikan diri supaya mendapat perhatian.

"Bukanlah merajuk, cuma sebelum ini ada sahaja drama saya ditayangkan di kaca televisyen tetapi seakan tidak diambil peduli. Mungkin saya lemah untuk promosikan diri di sosial media.




"Saya rasa selama ini saya ‘disepikan’ kerana kurang mendapat liputan. Bagaimanapun saya masih gembira dan bekerja seperti biasa.

"Saya ada pelbagai akaun sosial media dan berusaha mengikut trend semasa supaya tidak ketinggalan," katanya kepada mStar.

Mahu lebih menonjol dalam cerita kerjaya, Johan juga mengambil langkah berdiam daripada terus berkongsi kisah peribadi termasuk perancangan mendirikan rumah tangga seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini.



Menurut Johan, dia akan berkongsi perkara tersebut apabila sudah tiba masa yang sesuai.

"Sebelum ini ramai yang mengikuti kisah peribadi saya, tetapi sekarang tidak lagi. Rasa seperti saya dilupakan.

"Sekarang ini lebih baik saya berdiam sahaja. Saya akan berkongsi kisah peribadi apabila tiba waktu yang sesuai nanti," ujarnya.



Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Johan bakal tampil dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang akan memulakan tayangan pada 23 Jun ini.

Demi menjayakan watak Yassin dalam filem arahan Syamsul Yusof ini, Johan sanggup menolak banyak tawaran drama semata-mata menjaga imej seperti yang dimahukan.



"Saya amat gembira dan bangga apabila mendapat tawaran berlakon di bawah arahan Syamsul.

"Saya sanggup tidak mengambil tawaran berlakon lain sepanjang penggambaran filem ini kerana mahu kekalkan rambut panjang. Memang banyak tawaran yang saya tolak," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 22-6-2022 10:53 AM
Dia ni klo berlakon cam over blum lagi mengaji sampai terkejut orang
Quote Lavender_Violet 22-6-2022 10:56 AM
Dah tua....x de sapa kisah kan pasal ko lagi dah Johan oii...
Tak menahan hashtag dgn PM tu
Quote prizadane 22-6-2022 10:57 AM
Masalahnya lakonan dia 1 pun tak meninggalkan kesan (buruk or baik). Beto yes, berlakon menjadi. Bamtah pula walaupun kayu dulu kala, tapi orang sentiasa ingat. Now dah tak kayu n makin harum, lagi la orang ingat. Tapi Johan ni? Yg aku ingat gossip cinta… FS la, Lana Nordin, jering…. Nampak sangat lakonan kau tak memorable. Dan owh, selalu cover macho dan acah hensem
Quote umbut 22-6-2022 11:02 AM
Muka ko kalo berlakon sesuai gangster je cam juvana tu. Hero.. Sorry
Quote umbut 22-6-2022 11:04 AM
ezacbee replied at 22-6-2022 10:53 AM
Dia ni klo berlakon cam over blum lagi mengaji sampai terkejut orang

Dia pernah hantar sekolah pondok kat indon kan. Nakal sangat kot.. Hantar sana biar jadi org. Gitu aku speku
Quote ezacbee 22-6-2022 11:08 AM
umbut replied at 22-6-2022 11:04 AM
Dia pernah hantar sekolah pondok kat indon kan. Nakal sangat kot.. Hantar sana biar jadi org. Gitu ...

Tak tau la dulu dia nakal ke tak.. yg part dia mengaji live tu memang bagus cuma terover.. tiba2 mengaji terjerit terkejut tau..
Quote 3chanceno 22-6-2022 11:21 AM
Ingat2 lupa, tapi cerita nie pernah keluar di sini...cuma yg ini ada termasuk berlakon movie n bergambar dgn pm....

Johan sehari nie acah2 alim tapi nak jugak jadi playboya

@Normabaru
@Acikgomen
Quote Mary_jane 22-6-2022 11:27 AM
Terlebih poyo, mana tak nya. Dah sendu, tu sampai paranoid kata orang pinggirkan dia.
Quote Normabaru 22-6-2022 11:28 AM
3chanceno replied at 22-6-2022 01:21 PM
Ingat2 lupa, tapi cerita nie pernah keluar di sini...cuma yg ini ada termasuk berlakon movie n berga ...

hahahahaha hero kepam anak bapak spoil brat sekor ni xmo build body mcm kekrol serot tu ke...

sapa ada bideo dia ngaji terjerit2 bak sini kaka nk tgk..klaka plak baca komen atas2 pasal bab ni...hahaha
Quote Pak.dolla 22-6-2022 11:32 AM
Edited by Pak.dolla at 22-6-2022 03:33 AM

.
Aku ada tgk drama dia berlakon dgn adiputera dan jasmin soraya tajuk kalau x silap PA lelaki kerek...dia jd anak puteta raja kalau x silap, aku x tgk sgt cerita tu sbb lakonan tak best hahaha...tp kenapa xda org kutuk lakonan dia.
Psl mat kilau pun xda org pun yg komen psl lakonan atau silat dia...ramai org bercerita dan puji lakonan, silat fattah dan beto je ..
Ms priviu mk aku nmpk dia dtg dgn awek dia, tp tetaplah sendu...tp xtau la kalau itu bkn awek dia...
Quote orkid_amani 22-6-2022 12:02 PM
Haah dia Mula jatuh masa kapel dgn Tasha shila..ramai yg kecam dia..
Quote xtinkerbellx 22-6-2022 12:03 PM
Sebab poyo kot
Quote tipah89 22-6-2022 12:30 PM
sebut je mamat ni, 1 je aku ingat, POYO. tu je.
Quote prince_marhaen 22-6-2022 12:44 PM
ALAHHHHHHHH ALAHHHHHH....poyo lah mamat acah-acah playboy berlakon pun over, bukan kau ke yang cakap nak slow down, nak menelaah Quran kan....so apoooo nak limelight lagi??? orang ingat sebab lakonan over kau & video mengaji menjerit kau tu je nok... selain tu cerita kau semua pasal pompuannnn...nak kawin..pompuannn...nak kawinn...sampai AJM...wajah pula tak memorable untuk buat penonton merembesss... kau jek feeling llebih nok..
Quote shiraloveyou 22-6-2022 12:46 PM
Zaman anda dah berlalu...sekarang zaman merkin dgn hun hakeem
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 12:52 PM
Masih lagi berharap pada donya laghoooo yaaaa acik johan???
Quote exclusive_vvip 22-6-2022 12:59 PM
elok la producer x amik..buat org turn off je
Quote adiwarna 22-6-2022 02:07 PM
Dia ni dlm drama2 nampak kepam yaamat dgn mulut terkemut2 tu, tapi luar drama sgt karismatik, beradab tinggi dan good aura, am not lying guys! By the way, drama dia p.a lelaki kerek tu agak best dgn jasmin suraya, adiputra, shafie naswip, wan sharmila...ada upload kat youtube kalo nak tengok...
Quote SherryZass 22-6-2022 03:00 PM
Tengok dia ni, ingat dia pernah couple dengan Lana jah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068429 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top