Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang ibu dan anaknya yang hidup di jalanan.
Melalui perkongsiannya di Facebook dia berkata, wanita berkenaan menyara dirinya dan anaknya dengan mengambil upah membersihkan rumah. Ebit berkata, dia amat bersyukur dapat bertemu semula dengan wanita berkenaan bagi membantunya. “Masa dapat masuk bilik tempat tinggal menangis kakak ni. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ustaz bagi bilik. Belikan baju dan belikan mainan. Semuanya dari Allah. Allah sayang kakak dan anak ini,” ujarnya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan Ebit yang membantu membela nasib wanita tersebut. Sumber: KOSMO! ONLINE |
shamsadis replied at 22-6-2022 09:00 AM
warganegara mana ni? tiada sanak saudara?
ADVERTISEMENT