CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Karen' Rasis Cari Gaduh, Serang 4 Wanita Asia Dengan Semburan Lada

21-6-2022 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1328| Komen: 8

Description: Polis menahan seorang wanita yang bersikap perkauman apabila menyembur lada terhadap empat wanita Asia di Manhattan.
Polis menahan seorang wanita yang bersikap perkauman apabila menyembur lada terhadap empat wanita Asia di Manhattan.

Madeline Barker, 47, ditangkap selepas aksinya mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman seperti ‘balik semula ke negara asal kamu’ dan ‘kamu tidak layak berada di sini’ berjaya dirakamkan sebuah video sehingga tular dalam media sosial.


Kredit foto: Daily Mail

Insiden di kawasan awam di Meatpacking District itu mencetuskan pencarian wanita yang digelarkan sebagai ‘Karen’ oleh pengguna internet.

Polis mengesahkan suspek merupakan wanita berbaju merah jambu dan berkacamata semasa melakukan serangan tersebut.


Barker berasal dari Florida berdepan pertuduhan jenayah kebencian yang akan didakwa di Mahkamah Jenayah Manhattan.

Menerusi video itu, wanita tersebut kelihatan berbalah dengan empat wanita Asia dalam lingkungan umur 20-an.

Difahamkan, semasa kejadian kesemua mangsa sedang membelek bunga sebelum diserang suspek yang tiba-tiba mencari gaduh.


Kredit foto: New York Post/William Miller

Serangan keganasan anti-Asia tersebut menyebabkan seorang mangsa ‘tidak boleh membuka matanya’.

“Saya rasa sangat sakit dan tak dapat buka mata sampai 30 minit,” luah seorang mangsa.

Seorang mangsa lain berkata, selepas diserang dia menerima mesej dari individu lain yang memberitahu suspek pernah membuat semburan lada kepada kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Jenayah kebencian semakin meningkat sebanyak 96 peratus tahun lalu, di New York yang mendapat jolokan Big Apple dan seluruh Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan, 133 orang Asia di AS pernah mengalami pengalaman diskriminasi yang menakutkan dan berbahaya di kawasan bandar.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 21-6-2022 01:58 PM
Thread tak megasah minde cami tak payah lah....hadap sangat ke duit kopi?
Quote Skuau 21-6-2022 02:07 PM
Kak-Rohana replied at 21-6-2022 01:58 PM
Thread tak megasah minde cami tak payah lah....hadap sangat ke duit kopi?

ni..rohana bapak msia..mak indon..ka???
Quote underground 21-6-2022 03:30 PM
negara dan kaum yg menjadi pojaan geng2 libertad..
Quote dua_chzy 21-6-2022 03:49 PM
Funny.

Karna bila tengok muka sheols, ai yaqin sheols hada Asian blood. Mohon judge arahkan sheol buat DNA test dan jika betul penaakulan ai, shove it back to her face supaya sadar diri sikit.
Quote dodolgemok 21-6-2022 04:02 PM
Sebab tu dodol xterhingin langsung nak ke tanah amareka laknat sana, dgan kes pembunuhan senjata api beramai2, golongan anti asian lagi, mmg negara yang dangkal dan hina yah!
Quote Skuau 21-6-2022 05:02 PM
dodolgemok replied at 21-6-2022 04:02 PM
Sebab tu dodol xterhingin langsung nak ke tanah amareka laknat sana, dgan kes pembunuhan senjata api ...


sukati dia la dol..negara dia...ko nak samakan dgn Malaysia boleh....ka???Silap la lu...
Quote intan244 21-6-2022 10:04 PM
muka macam pondan. gitu iols mengeji
Quote sharlenetexas 21-6-2022 10:06 PM
Muka mcm ada mix. Lupa asal usul ke acik karen?


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053014 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top