CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Sebab Perniagaan, Remaja Diserang Sampai Berdarah Kepala Guna Kunci Kereta Di Pantai Merdeka

21-6-2022 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1871| Komen: 14

Description: Sungai Petani: Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang seorang wanita bersenjatakan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota ...
Sungai Petani: Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang seorang wanita bersenjatakan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat sini .


Kejadian jam 6.22 petang itu menyebabkan mangsa berusia 18 tahun dan tidak bekerja itu cedera di kening kanan dipercayai akibat ditikam kunci kereta.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.

Foto: Tiktok

"Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.


"Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang ditahan untuk siasatan lanjut.



"Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital," katanya.



Terdahulu, rakaman video berhubung insiden itu yang memaparkan kejadian dua wanita berkenaan masing-masing berbaju putih dan hitam bergelut sebelum dileraikan seorang lelaki tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 21-6-2022 12:08 PM
Ni berniaga product timbang kilo ke?
Quote jijahmomon 21-6-2022 12:17 PM
elok diharamkan jer yg niaga tepi pantai ni..semak betol. Nak berjalan pun susah, lom yg nyanyi sampaikan nak dgr bunyi ombak pun tak boleh.
Quote Supersirap 21-6-2022 12:29 PM
Dah bagi niaga pun bergaduh
Quote renko 21-6-2022 12:32 PM
birah apa ni sampai mencederakan orang
Quote ChildrenOfBodom 21-6-2022 12:35 PM
cam simbolik good vs evil kan, sorang pakai baju hitam sorang baju putih
Quote hotmak 21-6-2022 12:36 PM
tak, yg org keliling tu tgk je ke sampai sempat kena cucuk dgn kunci kereta tu, mujur tak kena mata, kena mata naya je
Quote che-cikL 21-6-2022 12:45 PM
Punya nak cepat buat content, sampai # pun jadi pandaimerdeka.
Kemudian ada pulak video tiktok yg lain Yang jawab persoalan "tak ada org tolong".

Lucu sungguh dunia media social sekarang ni.
Quote tipah89 21-6-2022 12:57 PM
oh ni la yg aku bukak tiktok sana sini kecoh pasal pantai merdeka
Quote Artemesiaa 21-6-2022 01:04 PM
Peniaga melayu sama melayu selalu jadi macam ni.  Tak lama dulu pun ada satu kes lebih kurang macam ni dilapurkan pasal sama2 niaga air.
Quote Skuau 21-6-2022 01:18 PM
Edited by Skuau at 21-6-2022 01:42 PM
jijahmomon replied at 21-6-2022 12:17 PM
elok diharamkan jer yg niaga tepi pantai ni..semak betol. Nak berjalan pun susah, lom yg nyanyi samp ...


wow!...tingginya nada suara dia...nyanyi....lagu...'Cinta kita di Pantai Merdeka'...
Quote renko 21-6-2022 01:39 PM
yang paling penting timbalan mb sskjp tersenyum lega pasal news bukan pasal negeri dia
Quote Skuau 21-6-2022 01:39 PM
Artemesiaa replied at 21-6-2022 01:04 PM
Peniaga melayu sama melayu selalu jadi macam ni.  Tak lama dulu pun ada satu kes lebih kurang macam  ...

apabila... meniaga...'me-too product'.....
Quote xAthenax 21-6-2022 01:47 PM
Kalau kita tolong ni, dengan kita jadi mangsa.  Pernah kita orang tolong orang, last kawan kaka tu muka blue black bruised sebab yang gaduh tersalah lak balun.
Quote CikYaYaYa 21-6-2022 04:11 PM
Kes dengki ke apa nie?? biasaa dengar kes berebut tempat niaga. xpon kes dengki tengok peniaga tu lagi ramai customer dr diaa. well sometime dengki n mulayuu xdapat dipisahkan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.332050 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top