Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular video mendakwa pelakon Wafariena sengaja berpura-pura masih bujang sedangkan dia sebenarnya merupakan tunangan orang.
Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan berkata rakaman dalam video itu merupakan salah satu babak dalam drama lakonannya. Kata Wafariena, dia masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki dan tidak bersedia lagi untuk memikirkan mengenai jodoh kerana sibuk dengan karier seni. "Itu bukan akaun TikTok saya... mungkin peminat yang cipta akaun itu dan kongsi video tersebut. Video bertunang itu sebenarnya dari salah satu babak drama lakonan saya.
"Saya belum lagi nak bertunang... calon pun belum ada. Saya sibuk dengan penggambaran, nak cari rezeki untuk keluarga. Jadi, tak ada masa nak fikir soal itu lagi. "InsyaAllah kalau betul saya nak bertunang, merisik ke, atau berkahwin, mesti saya akan kongsikan dengan semua orang," katanya kepada mStar. Sebelum ini, video memperlihatkan seorang wanita menyarung cincin di jari Wafariena yang duduk di atas pelamin tular di aplikasi TikTok. Biarpun rata-rata netizen mengetahui rakaman itu hanya babak dalam drama namun masih ada segelintir mereka yang mempercayai ia merupakan majlis pertunangan Wafariena.
|
cheezel replied at 21-6-2022 11:57 AM
Cantik je dia ni tp nmpk rempit
cheezel replied at 21-6-2022 11:57 AM
Cantik je dia ni tp nmpk rempit
cheezel: Cantik je dia ni tp nmpk rempit
ADVERTISEMENT