CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Sakit Lepas Habis GV Masa Nak Shooting GV Raya, Lepas Tu Demam On/Off" - Ani Maiyuni

18-6-2022 10:01 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 14558| Komen: 110|Original author: LilRose

Keredit foto: IG


"Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya."

Penyanyi Ani Maiyuni memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa merahsiakan penyakit dihidapi Allahyarham Adibah Noor.


Keredit foto: IG

"Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.


"Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

"Selepas itu, lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid. Bila saya tanya dia secara peribadi, baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu," katanya.


Keredit foto: IG

Tambahnya lagi, ketika itu Adibah kena berpantang dan berehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi. 

Jelasnya, penampilan Adibah yang kurus baru-baru ini adalah persembahan pertamanya selepas berehat.

Harian Metro melaporkan, Allahyarham yang menghidap kanser ovari tahap empat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga dan sahabat handai. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 18-6-2022 11:01 PM
Innalillah... Maksudnya dia baru tahu la dia kanser. And terus tahap 4. Memang selalunya kalau dah tau tahap 4 memang tipis peluang nak survive. Al fatihah.
Quote Moyangkucing 18-6-2022 11:10 PM
Cancer ovary ialah cancer yg senyap. Selalunya detected bila dah teruk level 2 ke atas gitu... Semoga Kak Adibah Noor, tenang dan bahagia di sana...
Quote Normabaru 19-6-2022 12:04 AM
kaka menyampah tgk retis yang masa org tu idop ko xde kesah mana..senyap pun bukan maksud ko xblh tlg kutip donation ke ape..dah org meninggal beriya la buat tribute itu ini...

koserrr
Quote babyleo68 19-6-2022 03:56 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buat family arwah
Quote stingerbumpy 19-6-2022 04:29 AM
Normabaru replied at 19-6-2022 12:04 AM
kaka menyampah tgk retis yang masa org tu idop ko xde kesah mana..senyap pun bukan maksud ko xblh tl ...

Ko tak payah la jadi musibatul kalau tak tahu dok perkara yg sebenar….being a very private person she was tak mustahil almarhumah tidak mahu menyusahkhen org lain…Dan akan cuba mengelakkheun dari mengumumkheun keadaannya yg sebenar sehigga boleh  inconvenienced the rest termasuk doing donations kilat buat dirinya…..

Kheunz?
Quote KauBodohKe 19-6-2022 05:47 AM
Normabaru: kaka menyampah tgk retis yang  ...
ala bodohnya ulasan kau. Dah diberitahu kan yang kak dibah nak rahsiakan penyakit dia, macam mana la wartawan tu semua nak kutip donation untuk dia. Kok bangang sangat nape
Quote hangdenim 19-6-2022 05:52 AM
stingerbumpy replied at 19-6-2022 04:29 AM
Ko tak payah la jadi musibatul kalau tak tahu dok perkara yg sebenar….being a very private person ...

Isunya sekarang ani mayonis tu yg tetiber memcapap chuols. Kalau sekadar itu jer statement without any leverage to arwah, dan sekadar nak menompang limelight baik diam….

KHOIEUINZZZZZZZZ
Quote Normabaru 19-6-2022 07:40 AM
hangdenim replied at 19-6-2022 07:52 AM
Isunya sekarang ani mayonis tu yg tetiber memcapap chuols. Kalau sekadar itu jer statement without ...


Yezza..tula maksud kaka.

Hang denim jgk yg bijak.Heheeeeee
Quote Normabaru 19-6-2022 07:43 AM
KauBodohKe replied at 19-6-2022 07:47 AM
ala bodohnya ulasan kau. Dah diberitahu kan yang kak dibah nak rahsiakan penyakit dia, macam mana l ...

Ehhhh...Ko la lg bodoh sbb dh tahu kaka ni bodoh tp ko masih gigih melayan ulasan org yg ko kata bodoh td

So skrg ni kobodohke kaka yg bodoh?

Quote missHaidiD 19-6-2022 07:57 AM
Ada doc ckp sel kanser ni ada je kt dlm bdn kita. Samada aktif atau tak je.
Wallahualam

Minta doa la dijauhakn segala penyakit yg bole mengancam nyawa pd kita semua.

Aamiin
Quote Burong_Hantuk 19-6-2022 08:05 AM
takziah buat keluarga arwah...al fatihah
Quote stingerbumpy 19-6-2022 08:49 AM
hangdenim replied at 19-6-2022 05:52 AM
Isunya sekarang ani mayonis tu yg tetiber memcapap chuols. Kalau sekadar itu jer statement without ...


Tumpang limelight?

You have bigger isu of yourself sebenarnya...miscontrued perception.....by forming your own judgement...
Quote stingerbumpy 19-6-2022 08:53 AM
Edited by stingerbumpy at 19-6-2022 08:54 AM
missHaidiD replied at 19-6-2022 07:57 AM
Ada doc ckp sel kanser ni ada je kt dlm bdn kita. Samada aktif atau tak je.
Wallahualam



Penyakit fitnah mulut makjujat dlm forum....?

Ko mintak dijauhkhen tak? Nanti tak boleh pulak ko nak copypaste fitnah/ memfitnah atau bantai mana2 retis yg ko tak suker kheunz?

But then again penyakit seperti ini tentunya ko tak perlu khuatir...sebab ko dah dapat izin dan redho laki?

Kahkahkahkahkahkah
Quote renko 19-6-2022 10:12 AM
Normabaru replied at 19-6-2022 07:43 AM
Ehhhh...Ko la lg bodoh sbb dh tahu kaka ni bodoh tp ko masih gigih melayan ulasan org yg ko kata b ...

gigih tu buat nick baru
hahahaha
Quote Normabaru 19-6-2022 10:18 AM
Biasala dik @renko
Spesis xde telur tp gigih nk komen dgn org 'bodoh' mmg suka buat gini.hshshshs
Quote missHaidiD 19-6-2022 10:20 AM
Takpyh layan lg la.  Biar dia ckp sorg2.  Apapun kehidupan dia menyedihkan berbanding kita semua.

Yela hidup sorg2 kan mana tak sedih
Quote dino 19-6-2022 03:04 PM
missHaidiD replied at 19-6-2022 10:20 AM
Takpyh layan lg la.  Biar dia ckp sorg2.  Apapun kehidupan dia menyedihkan berbanding kita semua.

...

mmg sedih sis.. hidup lonely takde pasangan
dgn sedara mara takde… ala2 makhluk terbuang.. melukut ditepi porum haha

ade hati kaki pitnah nak bg tazkirah org.., tak pdn hitam pendek berkutil haha

spesis terbuang tu takyah ckp elok2.., dah kantoi pun tak sedar diri lg haha
Quote buapakperut 19-6-2022 03:22 PM
Tgk yg screenshot wassap ani maiyuni kat tiktok die cakap kanser pangkal rahim. Tu bukan cancer serviks ke. Sebab arwah mak iols meninggal sbab cancer serviks
Quote matjerk 19-6-2022 03:40 PM
Cancer senyap ni mcm mana? Maksudnya earlier stage x de rasa sakit apa2 ke? Tup2 bila rasa sakit.. check2 dah stage 4? Allahu..sedihnya....

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047785 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top