CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Wujud 'Chemistry', Hisyam Hamid Suruh Scha Elinnea Panggil 'Baby'

20-6-2022 10:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9084| Komen: 87|Original author: Tatod

Description: Antara daya tarikan sesebuah karya bukan hanya pada paparan jalan cerita, namun salah satu kriteria yang menyumbang pada kejayaan drama mahu pun filem yang ditayangkan adalah keserasian sesama pelakon ...

Sumber IG

Antara daya tarikan sesebuah karya bukan hanya pada paparan jalan cerita, namun salah satu kriteria yang menyumbang pada kejayaan drama mahu pun filem yang ditayangkan adalah keserasian sesama pelakon terutama antara tunjang utama naskhah berkenaan.

Keserasian antara pelakon, Scha Elinnea dan Hisyam Hamid menggalas tanggung jawab sebagai watak utama dalam drama bersiri Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat pujian penonton yang mengikuti rantaian drama tersebut.

Memetik laporan mStar, Hisyam yang memegang watak sebagai Farel mendedahkan dia sendiri meminta heroin gandingannya, Scha untuk memanggilnya dengan gelaran 'Baby' atau 'B' ketika berada di set penggambaran.

 

Aktor berusia 37 tahun itu turut menjelaskan, panggilan itu bertujuan untuk mewujudkan keserasian mereka yang melakonkan watak sebagai pasangan suami isteri. Gelaran mesra itu bagaimanapun sama sekali tidak digunakan di luar waktu bekerja.

"Saya sendiri yang suruh Scha panggil B atau Baby ketika berada di set penggambaran sebab nak wujudkan keserasian supaya kalau penonton tengok, panggilan itu kedengaran 'natural'.

"Tapi, panggilan itu bukanlah sebab saya nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah... tapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.

"Isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan itu," katanya kepada mStar.


Hisyam juga berkata babak aksi mesra dengan Scha yang dipaparkan dalam drama itu dianggap sebagai tidak keterlaluan. Sebagai pelakon, dia melakonkan setiap babak mengikut kesesuaiannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 20-6-2022 11:56 AM
Hmm.....bau ikan sungguh
Before ni heroin2 si Hisyam ni ada ke dia suruh panggil b..baby...babi...ehh...silap lak..
Kalau aku jadi wife dia mmg aku menggelabah teks dah ni...dgn si Ellinae ni bukan main menyeksi lagi
Baideway, pic sheols pakai baju pink tu awat teks sheol jatuh sampai pinggang???
Quote renko 20-6-2022 12:08 PM
lau dengan enot agak2 suh panggil x cmtu
Quote rolypoly 20-6-2022 12:15 PM
helokkkknya heols sekarang.
Quote samshik 20-6-2022 12:17 PM
Smoga bini nya tabahlaaaa ada somi in character gini...
Quote esbok 20-6-2022 12:24 PM
ada la nengok sikit cerita ni, lepas tu tak lalu. sis tak lalu dgn character perempuan, geli.
Quote prizadane 20-6-2022 12:32 PM
Lain macam. Semoga tak berskandal dengan scha ni. Selama ni imej Hisyam ni clean je. Since berlakon dengan so called Scha ni, geli pulak
Quote 3480 20-6-2022 12:40 PM
X feel tgk bapak org anak2 dh beso jd hero gini
Quote HelgaPataki 20-6-2022 12:42 PM
Geli tau kalau tertengok cerita ni, semedang seksi si scha ni. Dok pakai baju ketat, mcm saja nau nak menunjuk ketet beliau tu
Quote per706 20-6-2022 12:55 PM
Wife jaoh ek.



Yg pompuan da mcam beluncas geletis.bwak bertendang sham oiii. Ctoh byak da..Luka kan hati istri n ank2 x lama la ko
Quote ezacbee 20-6-2022 01:42 PM
Gediknya.. takat drama sampah.
Quote ezacbee 20-6-2022 01:43 PM
Gediknya.. takat drama sampah.
Quote anony-mous 20-6-2022 01:45 PM
Tabahnya bini heols
Quote pembacagosip 20-6-2022 02:02 PM
drama ni x best
Quote auntyonion 20-6-2022 02:16 PM
Tetek pn xbrape ada beriya nak tunjuk :: goodluck la kat HH n family
Quote DayangKirana 20-6-2022 02:33 PM
Raina Badrina Vs Farel Zafeeq


citer sampah ape ni??
Nama level verangan ala2 kayangan...
buat inspirasi bakal2 ibu biforti...
Quote Rachel_Green 20-6-2022 02:52 PM
mak iolls suka drama ni..by the way Scha Elinnea lawa sungguh la...
Quote Emilly_rose 20-6-2022 03:08 PM
Aku tengok adegan HH dgn Scha pun bergegar jantung..dah la rupa paras HH tu helok..tabah sungguh bini HH tu..
Quote Kurex 20-6-2022 03:10 PM
Pelakon takde standart & takde balat je kena guna b baby babi semata nak jiwai watak. Sebab helok, iols maafkan
Quote deebiz14 20-6-2022 03:10 PM
Tak lalu nengok heroin. Sooo gred C kebawah. Camne leh dapat lead?

Btw... dulu pun penah si HH ni digosipkan ngan scha yg lagi satu tu dulu . takkan ngan scha yg ni pun nak bau2 ikan.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049513 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top