Dari Kiri: Nazrin, Qayyum, Riko, Amsyar, MK Ridzuan dan Nazmin (Sumber IG)
Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36, Sekumpulan Orang Gila atau SOG tampil memberikan amaran kepada semua pengunjung yang datang ke mana-mana konsert agar tidak melakukan perkara tidak bermoral yang boleh menjejaskan nama baik mana-mana pihak.
Kata Raja Nazmin Shah yang juga pemain dram kumpulan itu tampil mengulas insiden gangguan seksual yang dilaporkan di beberapa konsert dan persembahan kumpulan itu beberapa minggu lalu.
"Gangguan seksual adalah perkara yang sangat berat. Dua kali terjadi perkara sebegini dalam persembahan kami hujung minggu lalu.
"Selagi boleh, kami nak pengunjung rasa selamat dan ada cerminan diri yang bagus. Kita tak nak ada golongan abuser ini dalam scene kami. Mereka menyebabkan ramai orang takut nak turun konsert dan beri sokongan," katanya.
Sementara itu, vokalis kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah juga memberikan amaran kepada semua individu yang berniat untuk menghadiri mana-mana konsert selepas ini untuk datang memeriahkan dengan niat yang betul.
"Kita tak mahu perkara sebegini terjadi lagi. Bukan hanya di konsert kami tetapi mana-mana persembahan sekali pun. Ada banyak grey area dalam kes ini dan kami tidak mahu saling menyalahkan.
"Cuma kami nak ingatkan agar datang konsert dengan niat betul iaitu berseronok. Bukannya dengan niat nak meraba orang lain," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Tgk jugak la sapa yg perform.
Kalau nasyid, lagu tradisional takde la org galak berhimpit meraba.
Dh genre lagu kau bawak mcm org gila, mana la ada org yg boleh ddk statik aje..
Korang perform pun mcm keli kena garam, dh tu nak expect org bertafakur je nengok konsert kau.
Apooo.
bila bebudak underground fefeeling dah terpaling hot stuff & ada fanatik bila masuk mainstream.... sikit-sikit merempan, sikit-sikit nak pesan itu ini...yang sorang tu ada je benda tak puas hati dalam industri & fans, terpaling art & seni katanya.... hujung-hujung kat tweeter nampak macam fonen sajorkkkk ayat merempan.
Aku last berhimpit ngalahkan nasi impit masa konsert Butterfingers. Gigih terpacak depan stage. Dah lama tak layan gig / konsert keras. Terasa zaman dah berlalu nyaaahh.
kang orang duduk tengak je ko kata orang x enjoy lagu ko. byk bunyik betul band ni, kerja nak menyound orang je. baru la sekali menang AJL mendiva pulak. dari ko byk bunyik baik ko arrange baik2 nak elak menda tu jadik kan. or xyah perform langgsung lah xdak kesan pun dlm industri