"Nama kumpulan saya kini dikenali dengan UK Band sebagai penjenamaan semula sempena kelahiran dua lagu baru iaitu I Love You I Miss You 2 dan Terpaksa Dalam Rela," kata ketua kumpulan dan pemain keyboard kumpulan UKS, Amy.
Kenyataan ini sekali gus seakan menamatkan 'perang dingin' di antara Amy dengan penyanyi asal UK's, Amir berikutan perebutan siapa yang berhak menggunakan nama kumpulan terbabit. Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan yang selama ini menggunakan nama UKS bersama anggota baharu berkata, dia tidak cemburu apabila Amir bersama anggota asal UK's iaitu Rozdenil Toni (Denil - gitar); Mohd Saleh Mohd Alias (Olley- bass) dan Amiruddin Sharif (Amirul - dram) tampil beraksi dalam Konsert U.K'S Reunion 25 Tahun di Istana Budaya, malam ini dan esok. "Sebenarnya saya suka mereka keluar semula untuk sama-sama mencari rezeki masing-masing. Untuk bergabung semula itu bagus. Saya tak cemburu sebab saya suka benda itu. Biar karier seni saya jadi dan Amir pun jadi. Maknanya masing-masing cari rezeki. Pada peringkat melepasi usia 50-an perasaan cemburu dah tiada. "Saya tak pernah ada perasaan cemburu pada Amir atau apapun. Cuma mungkin kita masa muda-muda tak matang. Pemikiran pun masih kategori budak-budak. Sekarang dah matang," katanya kepada Harian Metro. Amy mendoakan Konsert UK's Reunion 25 Tahun akan berjaya serta mendapat sambutan hangat daripada peminat yang merindui mereka. "Moga ramai akan datang tengok dan terubat kerinduan kerana UK's dah lama tiada dalam industri. Hanya Amir bergerak seorang diri. Jadi apabila mereka bergabung saya sangat gembira. Alhamdulillah masing-masing boleh meneruskan legasi semula. Kami boleh jalan terus dengan band masing-masing dan sama-sama cari makan. "Kalau boleh selepas konsert IB mereka teruskan dengan konsert lain pula dan ada single baru untuk peminat. Saya berterima kasih kerana tanpa mereka tiadalah saya dalam industri. Dengan merekalah nama saya dikenali," katanya. Menurutnya, rezeki masing-masing sudah tertulis dan semua pihak perlu akur dengan ketentuan Allah. "Rezeki Amir, saya dan anggota lain tetap ada. Kalau ada kesempatan, saya bercadang nak menonton. Tapi jadual saya agak padat sekarang. Saya sebenarnya rapat dengan Amirul dan selalu berhubung. Jadi saya dapat tahu perkembangan terkini mereka," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KamikuP replied at 17-6-2022 05:08 PM
Lorr.. bila konsertnya tak tau pon.. haishhh
belacan_gurl: Cuma kalo aku ..sebut ukays @u ...
ADVERTISEMENT