Kumpulan nasyid popular Rabbani merancang untuk mengembalikan zaman kegemilangan nasyid dengan menganjurkan konsert berskala besar.
Perkara itu disuarakan ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 49, memandangkan keadaan negara sudah beransur pulih daripada pandemik Covid-19. "Selepas kita dah melepasi pandemik ini, kami berhajat nak bawa naik semula zaman kegemilangan nasyid. Kalau bukan kita siapa lagi. "Kalau orang tanya nasyid ini masih boleh bertahan atau tidak? Jawapannya adalah bila kita yang dalam industri ini beri peluang maka sahutlah sama-sama," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Rabbani menggalakkan dan membuka luas pintu kepada rakan-rakan niaga untuk berganding bahu dalam menjayakan misi mengembalikan kegemilangan nasyid tanah air.
|
ADVERTISEMENT