CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fify Azmi Minta Bekas PA Berhenti 'Meroyan', Dah Halalkan Duit RM15 Ribu

17-6-2022 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2717| Komen: 12

Description: "Itu semua fitnah!" kata pelakon Fify Azmi berkenaan tuduhan bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Nora yang mendakwa dia mengambil dadah.
"Itu semua fitnah!" kata pelakon Fify Azmi berkenaan tuduhan bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Nora yang mendakwa dia mengambil dadah.

Fify, 32, atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata, Nora sama sekali tidak menjawab soalan mengenai wang sebanyak RM15,000 yang dimasukkan dalam akaunnya, sebaliknya mahu terus berselindung dengan membuka aib orang lain.

Menurutnya, dia sedar wang itu tidak akan dapat dikembalikan dan sudah tidak mahu mengambil tahu apa yang diperkatakan oleh bekas pembantu peribadinya itu.


Foto: IG

"Dia sendiri pun tahu fitnah ini memang berdosa, ia satu kesalahan yang sangat besar. Lagi kita memfitnah orang, buka aib orang dan tak berkaitan pula dengan soalan saya iaitu di mana duit saya? Awak tak perlu buka aib orang sebab awak bukannya suci mana pun.


"Buka aib orang ini memang sangat salah dan tak baik. Bila ada masalah yang awak sendiri buat, awak dah bersalah dan tak tahu nak selesaikan, awak buka pula aib orang yang tak benar dan tak betul pula. Jadi, biarlah dia nak 'meroyan' atau nak cakap apa sebab saya pun tahu memang tak akan dapat duit balik. Itu tak apa, dia kena dekat akhirat nanti biar Allah yang balas," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Fify yang juga pelakon filem Wira itu menghalalkan segala wang yang sudah diambil atau digunakan Nora selain reda dengan apa yang berlaku.



"Maafkan itu tak sebenarnya, saya halalkan dan minta supaya Nora hentikanlah 'meroyan' macam itu sebab kesian dekat dia. Kalau pertahankan diri macam mana sekalipun, awak keluarkan kenyataan macam itu semua orang nampak. Awak kena lagi teruk, jadi saya kasihankan dia.

"Kena tetap halalkan, hati kena ikhlas. Saya dah reda, kalau ikutkan waktu awal-awal tempoh hari memang saya sedih dan saya kecewa. Jadi bila dah macam ini, reda sajalah. Lagipun tak apalah, duit boleh cari. Insya-Allah, saya percaya rezeki itu ada," katanya.



Terdahulu, Fify mengalami kerugian sebanyak RM15,000 dan mendakwa ia dilarikan bekas pembantu peribadinya, Nora.



Nora kemudian tampil menjelaskan dia tidak menyedari wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya oleh syarikat produksi. Dalam masa sama, Nora turut mendakwa Fify pernah mengambil dadah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 17-6-2022 04:06 PM
geram rasanya.. last2 org yg berhutang tu aman2 je lepas sambil mengutuk org yg memberi hutang. selalu sgt jd mcm tu. aku pon penah kena.. rasa geram sgt. last2 dh x kuasa nk tuntut hutang.
Quote codenamedream 17-6-2022 04:20 PM
Moga Fifty santau Nora kening ini
Quote ezacbee 17-6-2022 04:24 PM
Selalu camnilah.. orang yg bersalah kuat meroyan..

Quote renko 17-6-2022 04:25 PM
codenamedream replied at 17-6-2022 04:20 PM
Moga Fifty santau Nora kening ini

muka macam pisang
Quote whimsicalmusic 17-6-2022 04:36 PM
Dont be stupid la..xyah halalkan..atleast kt sini xdpt, tuntut la kt sana. Aib semua da tbukak, the least u could do is jgn halalkan..ni mcm mudah sgt giveup. Untung la ex PA, duit dpt, burukkan ko pn dpt
Quote addamnor 17-6-2022 04:42 PM
Dah report polis menipu kebas duit kan? Tak kena tangkap kah si PA itu?
Quote addamnor 17-6-2022 04:50 PM
whimsicalmusic replied at 17-6-2022 04:36 PM
Dont be stupid la..xyah halalkan..atleast kt sini xdpt, tuntut la kt sana. Aib semua da tbukak, the  ...

Mungkin beliau memilih utk hidup yang tenang.
Semak kot kepala duk bergaduh pepanjang teringat duit yang dikebas. Tapi cikki ni pun jenis lembut cakap murni2 je duk kak nora fy kak nora fy dlm live..  orang lain mungkin anjing babikan shj si nora itu
Quote kotakominami 17-6-2022 04:55 PM
Eh....aku tak boleh org mcm ni..kau dah sakau duit org ..dah habis pon..pastu play victim..sikit pon taknak ngaku kalah...lastnye tuan punya duit plak nak kena beralah....ingat sket..yg kau makan tu cuma 15k je....tp sebenarnya kau dah ilang lebih dari tu..kepercayaan org pade kau dah takde...mintak dijauhkan keturunan aku daripade org mcm ni....
...
Quote aemon 18-6-2022 04:01 PM
Senang je kan nk duit free.pitnah2 si mangsa lepas tu mangsa dah x blh nk defend then yahoo duit dihalalkan.lol
Quote Timortimur 18-6-2022 05:24 PM
Tak kisah le kalau betul dia ambik drugs, isunya tak de kena mengena dgn duit dia
Hutang tetap hutang.Jahat betul PA dia, dgn mulut herot berot konon2 rahsia dlm tgn
Menyampah aku manusia mcm ni
Quote sukacactus 18-6-2022 08:56 PM
Kenapa halalkan
Biar dia tersiksa nnt
Quote hasniey 19-6-2022 12:59 AM
Kesian fify .. family dia xde yg defend fify ke?g rumah mkcik tu ke mntak duit.report polis.sama.macam2 boleh buat dr halal kan
Kesian awak penat kerja last2 duit sesen pon xdpt.mana family awak ni dikk
Si hairul yg konon abang fify ni xnk tolong ke?dia kan byk kabel sana sini

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.296761 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top