CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 2

Rabbani Nak Buat Konsert Besar-Besaran, Kembalikan Zaman Kegemilangan Nasyid

  [Copy link]
Post time 17-6-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan nasyid popular Rabbani merancang untuk mengembalikan zaman kegemilangan nasyid dengan menganjurkan konsert berskala besar.


Perkara itu disuarakan ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 49, memandangkan keadaan negara sudah beransur pulih daripada pandemik Covid-19.


Foto: Harian Metro




"Selepas kita dah melepasi pandemik ini, kami berhajat nak bawa naik semula zaman kegemilangan nasyid. Kalau bukan kita siapa lagi.


"Kalau orang tanya nasyid ini masih boleh bertahan atau tidak? Jawapannya adalah bila kita yang dalam industri ini beri peluang maka sahutlah sama-sama," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, Rabbani menggalakkan dan membuka luas pintu kepada rakan-rakan niaga untuk berganding bahu dalam menjayakan misi mengembalikan kegemilangan nasyid tanah air.




  



"ihak kami mengalu-alukan kepada rakan-rakan niaga khususnya dan tak perlu risau sebab Rabbani ini bukan hanya buat konsert saja, tapi kita mempromosikan juga produk-produk usahawan.


"Kami jemput semua usahawan khususnya dalam kalangan bumiputera yang nak bekerjasama dan bersama-sama menjayakan konsert ini.


  



"Insya-Allah kami akan menggunakan pelbagai cara dari sudut dalam talian, media cetak, media elektronik dan kenalan-kenalan untuk sokong industri nasyid ini," katanya.


Sebelum ini, Rabbani melancarkan nasyid terbaharu mereka yang berjudul Husnul Khatimah hasil gubahan Hafiz Hamidun dan sentuhan lirik oleh Fedtri Yahya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasyid mampu bertahan sebab kita ade musim raya Aidilfitri, aidiladha, awal muharam dan macam-macam lg la. Dont worry ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 08:29 AM | Show all posts
lagu2 rabbani  sekarang masih iolls suka..my fav
Intifada
Cari Pasangan
Pergi Tak Kembali
Solla 'Alaikallah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054250 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list