Pelakon Azhan Rani mensasarkan jumlah 50 kali menderma darah walaupun langkahnya sebagai penderma darah terhenti seketika selepas terbabit kemalangan jalan raya pada Januari lalu.
Dalam hantarannya di Instagram, Azhan berkongsi mengenai keterujaannya menunggu kali ke-50 untuknya mendermakan darah selepas dapat melakukan aktiviti itu semula. Menurutnya, dia kini tidak sabar menantikan bulan Ogos ini sebelum dibenarkan kembali menderma darah. "Lama sungguh direhatkan. Tertekan aku, asyik derma darah kepada nyamuk dan pacat dalam hutan. Insya-Allah, aku akan terus menderma darah selagi kesihatan ini mengizinkan," tulisnya.
Azhan juga turut menitipkan ucapan sempena Hari Derma Darah Sedunia yang jatuh pada Selasa lalu di samping mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Pusat Darah Negara dan pada masa sama, mengajak orang ramai untuk turut menderma darah. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT