View: 921|Reply: 8
|
Azhan Rani Tertekan Lama Tak Dapat Derma Darah
[Copy link]
|
|
Pelakon Azhan Rani mensasarkan jumlah 50 kali menderma darah walaupun langkahnya sebagai penderma darah terhenti seketika selepas terbabit kemalangan jalan raya pada Januari lalu.
Dalam hantarannya di Instagram, Azhan berkongsi mengenai keterujaannya menunggu kali ke-50 untuknya mendermakan darah selepas dapat melakukan aktiviti itu semula.
Foto: IG Azhan Rani
Menurutnya, dia kini tidak sabar menantikan bulan Ogos ini sebelum dibenarkan kembali menderma darah.
"Lama sungguh direhatkan. Tertekan aku, asyik derma darah kepada nyamuk dan pacat dalam hutan. Insya-Allah, aku akan terus menderma darah selagi kesihatan ini mengizinkan," tulisnya.
Foto: IG Azhan Rani
Azhan juga turut menitipkan ucapan sempena Hari Derma Darah Sedunia yang jatuh pada Selasa lalu di samping mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Pusat Darah Negara dan pada masa sama, mengajak orang ramai untuk turut menderma darah.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Samalah doctor tk bgi sbb aku tak sihat masa nk derma tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus heols.... Semoga istiqomah ya bersedekah jariah. Aku tak pernah lagi derma Platlet or Plasma ni. Biasa derma whole blood je. Whole blood kena tggu dalam dua - tiga bulan sebelum boleh derma lagi. Baru je derma last month. |
|
|
|
|
|
|
|
memang dlm sebulan boleh derma dua kali ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
napa pelik je date derma dia..
satu bulan 2 kali derma or tiap bulan derma..
bukan kena tunggu 3 mths ke for next date?
and maksimum 450ml per take?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak derma darah, nurse suh balik rest dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
scarry lak tengok kulit berjahit dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buku full boleh dapat hosp first class... |
|
|
|
|
|
|
| |
|