CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Individu Dakwa Gaji RM2 Ribu Cukup Sara 3 Isteri, Rezda Minhat Tampil Bidas Kenyataan

16-6-2022 09:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2509| Komen: 14|Original author: Tatod


Pelakon, Redza Minhat menerusi Twitter meluahkan ketidakpuasaan hatinya terhadap satu kenyataan seorang individu yang mengatakan gaji kecil asalkan berkat pasti dapat menampung kehidupan walaupun beristeri tiga.

Agama Islam membenarkan poligami namun ada syarat tertentu yang harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu terutama sekali sama ada lelaki tersebut mampu bersikap adil terhadap isteri-isterinya serta mempunyai kewangan yang kukuh bagi menampung segala perbelanjaan.


Pemilik nama sebenar Shahredza Minha yang pernah menjadi tunjang filem KIL itu berkata perkara itu sama sekali tidak ada kaitannya dengan agama. Kenyataan seperti itu hanya alasan yang sering digunakan oleh segelintir lelaki Melayu.

"Tidak ada kaitannya dengan agama, ini hanyalah omong kosong yang dikatakan oleh lelaki Melayu.

"Cuba tanyakan pada isteri-isterinya," tulis Redza.


Pandangan yang diutarakan itu menarik perhatian ramai turut sama membidas kenyataan individu berkenaan. Masing-masing mempertikaikan konsep 'cukup' yang dimaksudkan oleh individu yang mengaku mempunyai tiga orang isteri itu.

Ada juga yang mengatakan berkemungkinan ketiga-tiga isterinya itu mempunyai pekerjaan bagi menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi apatah lagi barang-barang keperluan pada masa ini semakin meningkat naik.


Bagaimanapun, ada juga yang menyelar pendapat Redza mengenai perkara itu dan menuduh dia tidak mampu untuk memahami konsep qanaah dan keberkatan rezeki. 

Tidak hanya mendiamkan diri, Redza yang juga seorang penulis skrip menjelaskan dia cuku memahami bagaimana keberkatan itu penting dalam rumah tangga namun menegaskan bahawa seorang isteri itu juga sebenarnya sudah cukup buat seorang lelaki.




Memuat naik ciapan itu semalam, sehingga artikel ini ditulis, isu berkenaan masih menjadi perdebatan di Twitter. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mijot 16-6-2022 10:24 AM
ni tahap maulana ni..
nak tahu bini2 dia keja ke suri rumah...
ada anak tak? kalau ada mcm dgn duit susu pempers semua..
ke bini dia yg tanggung...
Quote Mini.Me 16-6-2022 11:06 AM
Tiga² bini tanggung hang memang laa cukup
Quote renko 16-6-2022 11:57 AM
spesis biawak ke
bini2 tanggung
Quote SedihPedih 16-6-2022 12:40 PM
jenis cakap kt bini2 sama2 la tanggung keluarga mmg la voleyy kan?
Quote makton 16-6-2022 01:28 PM
redha ke bini2 nya tu?
Quote kechikchomel 16-6-2022 02:34 PM
iolss pun terpikir ntah2 bini2 dia tu kerja n tanggung diri sendiri n anak2 (kalau ada)
Quote Artemesiaa 16-6-2022 03:46 PM
Bini2 dok ulur bantu mesti ler cukup
Quote Orix 16-6-2022 04:11 PM
iols hidup sorg sebulan 5k pun rs x ckup how ? x berkah kah gaji iols  selama inniyyy????? yihhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote tompie 16-6-2022 04:23 PM
Asalkan bahagia la... Bini2 dia pun dengan rela hati nak support laki dia, kita nak cakap apa?
We all need to work on our own happiness..
Quote glump 16-6-2022 05:28 PM
Edited by glump at 17-6-2022 10:02 AM

Gaji dia $2.8K, lain bini2 dia yg bayar .
depan mata pernah terjadi , lelaki ni asal nya ada  1 bini tiada anak. kerjaya hanya sebagai freelance main musik Ghazal. kemudian khawin ke2, dapat anak 4 orang. Isteri pertama menjaga anak isteri kedua dimana madu2 ini duduk sebumbung. Isteri ke2 bekerja untuk sara hidup mereka 7 orang. Suami sekadar nama ... kemudian suami  berkahwin lagi yg ke3..terus isteri yg ke 2 keluar and minta cerai..anak2 semua tak mau ikut sebab lebih biasa dengan isteri pertama..
Quote juruterra 16-6-2022 05:29 PM
ee sakitnya hati lelaki mcm ni
Quote faraway1 16-6-2022 05:57 PM
Bini tanggung lah tu sebab my husband tanggung diri ku ini..

Kerja part time bersih 1200 camtu pun cukup hidup mewah siap shopping lagi, sebab duit gaji hanya tuk diri sendiri..
Quote jazaa100 16-6-2022 10:32 PM
glump replied at 16-6-2022 05:28 PM
Gaji dia $2.8, lain bini2 dia yg bayar .
depan mata pernah terjadi , lelaki ni asal nya ada  1 bin ...

Kesiannya isteri no 1.....

Tinggi kesabarannya......
Isteri no 2 pun kesian....tanggung bewak.....
Quote nakkomenjugak 22-6-2022 02:16 AM
hidup terlalu singkat untuk bela bewok
ewww yihhhhhh yucksssssss

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035938 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top