CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Keluarga Bebal Tak Menyempat Atau Pemandu Tiada Ehsan Tak Bagi Lintas Jalan?

15-6-2022 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1764| Komen: 12

Description: Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dek tindakan seorang lelaki bersama ahli keluarganya yang melintas jalan raya bersama-sama.
Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dek tindakan seorang lelaki bersama ahli keluarganya yang melintas jalan raya bersama-sama.


Difahamkan, keluarga itu ingin ke restoran nasi kandar yang terletak di seberang jalan.


FB

Dalam tiga saat pertama, lelaki itu dilihat sudah bersedia ‘mengacah’ pemandu berkenaan dengan menolak troli bayi ke tengah jalan raya sehingga membuatkan kereta itu terpaksa brek mengejut.

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu sempat memberi isyarat tangan seperti memarahi pemandu berkenaan kerana tidak memperlahankan kenderaan bagi memberi ruang untuk mereka melintas jalan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘panas hati’ melihatkan sikap lelaki itu yang tergesa-gesa dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.



Sementara itu, pemandu dikenali sebagai Ah Wen berkata, dia berasa lega kerana kereta di belakangnya tidak merempuh kenderaannya.

Jika tidak, pasti akan berlaku kemalangan jalan raya sekali gus menimbulkan kesesakan pula.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 15-6-2022 05:50 PM
oooiiiit  tak tahu ke org malaysia tulang besi urat dawai langgar tak mati
tak guna buat zebra crossing tu,, depa bukan pakai... otak pon depa tak pakai
Quote Catpaw 15-6-2022 06:16 PM
dah marah lepas tu provok orang pula..
Quote Catpaw 15-6-2022 06:17 PM
Tapi nampak sebelum laki tu nak lintas memang ada jeda masa sekejap... kira dia bajet sempat la nak lintas... tetiba kereta ni laju kot...
Quote Artemesiaa 15-6-2022 06:32 PM
Cer depan lori 8 tayar sanggup tak dia mengacah macam tu silap2 terus berubah alam
Quote Samerosie 15-6-2022 07:10 PM
Ini namanya jaywalking bukan tempat melintas.  Kat malaysia ke boleh negeri lain kena saman kau satu family.
Quote merrissa 15-6-2022 07:44 PM
Tp betullah kekdng rkyt msi ni x menyepat nak melintas . Time org laju tgh ko nak gune kuasa tgn ko nasib baik x terllnggr kalo idak naya aku. Tgu la lampu merah adoiyai
Quote hareeeesah 16-6-2022 12:12 AM
Giler siap acah dgn stroller kot terlajak langgar ko salahkan org. Tu bukan tempat lintas, jalan besar busy kot.. aku geram sbb td aku kena budak skolah menengah melintas main lari je siap tolak-tolak kawan kat jln besar depa malas tunggu traffic light. Harey btul
Quote ketambangkang 16-6-2022 08:22 AM
org dh bagi lintas tu angkat tangan terima kasih la babi
Quote Cpkay 16-6-2022 08:48 AM
tapi mcm laju je kete ni.. actually kalau ada anak kecik boleh je parking berbayar kat tepi kedai deen tu.. tak perlu cross jalan sibuk tu ..
Quote azimodin 16-6-2022 08:52 AM
Laju x laju tu bukan issue. Issue sekarang ni jaywalking a.k.a melintas menonong acah2 kebal
Quote She-Ra 16-6-2022 09:28 AM
aiyooooo.. otak mana otak abg oiii.. dh la siap bwk baby
cara dia melintas sgt la bahaya.. dr jauh kalau dh nampak kereta tu laju, bg jela lepas dulu, lainla kalau kt dpn tu mcm jem kereta tak gerak.. jd kereta yg nk dtg tu pun mungkin akan slow bg laluan
Quote UMMI_MAI 16-6-2022 10:33 AM
bukan masalah kete laju ke tak... dah kenapa nak melintas time dah nampak ada kete ...bukan tengah jem kete benti2... aiyyoooo. dah jadi cam warga asing sesuka hati melintas lenggang kangkung sedangkan dah nampak kete dekat ... sejenis nak suh org brek utk dia ... adoiilaaaa...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054210 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top