CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengantin Gugup Sampai Tersasul Nak Bagi Mas Kahwin RM500 Juta

9-6-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2527| Komen: 20

"Aku terima nikahnya... dengan mas kahwin RM500 juta tunai." 

Dek kerana gugup ketika sesi akad nikah, pengantin lelaki tersalah menyebut nilai mas kahwin.


Ia secara tidak langsung mencetus tawa di kalangan saksi dan tetamu yang hadir.


TikTok

Pengantin perempuan turut tidak dapat menahan tawanya apabila melihat pengantin lelaki yang kebingungan dan terpinga-pinga apabila kata-katanya ditertawakan orang ramai.

Kesilapannya itu hanya disedari selepas seorang individu berbisik menyatakan kesilapannya.


"Mas kahwin sebenarnya RM500. Saya sebut 'juta' dan selepas tu masih terngiang-ngiang ingatkan saya dah selesai lafaz.



"Sekali pak andak (bapa saudara) saya cubit daripada belakang beritahu saya tersilap sebut RM500 juta. Ia berlaku kerana terlalu nervous," kata Muhammad Sameer Danial Maula Nordin, 30, ketika dihubungi mStar.

Sameer yang mesra disapa Sam Danial selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Nurul Nadia Johari, 29, dengan tiga kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Pekan Gurun di Gurun, Kedah pada 3 Jun lalu.



"Kesilapan menyebut nilai mas kahwin RM500 juta adalah lafaz yang kedua. Lafaz pertama saya tersalah sebut nama. Saya lafaz 'aku terima nikahnya' dengan nama saya sendiri.

"Tok kadi minta saya bertenang, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan doa lain. Alhamdulillah kali ketiga lafaz, urusan saya dipermudahkan.

"Bagi saya sendiri ia satu kifarah. Sebelum majlis akad nikah lagi, keluarga dan kawan-kawan berpesan supaya saya berlatih hafaz terlebih dahulu elak rasa gugup.

"Tapi saya tak berlatih, saya anggap perkara kecil saja. Saya ambil mudah. 


Sam dan isteri bersama anak tirinya

"Apabila waktu lafaz akad nikah yang sebenar, mungkin Allah nak tunjuk di atas keengganan saya mendengar nasihat. Masa tersasul tu, saya baru sedar kalau saya berlatih, insyaAllah saya lebih bersedia dan tak gugup," ujarnya yang mengahwini seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.



Bagaimanapun, dia mengakui sangat lega apabila lafaz ketiga dipermudahkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budaktua 8-6-2022 10:49 PM
zaman tik tok sedang menggila nkkan viewer ni agak sukar nk percaya yg perkara itu 'tidak dirancang'.....
Quote Kitty_catz 8-6-2022 10:56 PM
demi content bodohhhhhh
Quote CARI-MAL 9-6-2022 11:47 AM
"Aku terima nikahnya... dengan mas kahwin RM500 juta tunai."


Dek kerana gugup ketika sesi akad nikah, pengantin lelaki tersalah menyebut nilai mas kahwin.


Ia secara tidak langsung mencetus tawa di kalangan saksi dan tetamu yang hadir.




TikTok




Pengantin perempuan turut tidak dapat menahan tawanya apabila melihat pengantin lelaki yang kebingungan dan terpinga-pinga apabila kata-katanya ditertawakan orang ramai.


Kesilapannya itu hanya disedari selepas seorang individu berbisik menyatakan kesilapannya.


"Mas kahwin sebenarnya RM500. Saya sebut 'juta' dan selepas tu masih terngiang-ngiang ingatkan saya dah selesai lafaz.








"Sekali pak andak (bapa saudara) saya cubit daripada belakang beritahu saya tersilap sebut RM500 juta. Ia berlaku kerana terlalu nervous," kata Muhammad Sameer Danial Maula Nordin, 30, ketika dihubungi mStar.


Sameer yang mesra disapa Sam Danial selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Nurul Nadia Johari, 29, dengan tiga kali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Pekan Gurun di Gurun, Kedah pada 3 Jun lalu.








"Kesilapan menyebut nilai mas kahwin RM500 juta adalah lafaz yang kedua. Lafaz pertama saya tersalah sebut nama. Saya lafaz 'aku terima nikahnya' dengan nama saya sendiri.


"Tok kadi minta saya bertenang, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bacaan doa lain. Alhamdulillah kali ketiga lafaz, urusan saya dipermudahkan.


"Bagi saya sendiri ia satu kifarah. Sebelum majlis akad nikah lagi, keluarga dan kawan-kawan berpesan supaya saya berlatih hafaz terlebih dahulu elak rasa gugup.


"Tapi saya tak berlatih, saya anggap perkara kecil saja. Saya ambil mudah.




Sam dan isteri bersama anak tirinya




"Apabila waktu lafaz akad nikah yang sebenar, mungkin Allah nak tunjuk di atas keengganan saya mendengar nasihat. Masa tersasul tu, saya baru sedar kalau saya berlatih, insyaAllah saya lebih bersedia dan tak gugup," ujarnya yang mengahwini seorang balu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.




[tiktok]7105856474714230043[/tiktok]



Bagaimanapun, dia mengakui sangat lega apabila lafaz ketiga dipermudahkan. - CARI
Quote whimsicalmusic 9-6-2022 12:50 PM
Ok kelakar bg aku sbb die tpinga2..mmg neves sgt la ni
Quote cruz2 9-6-2022 01:03 PM
Mcm real bukan di rancang semata2 content.nervous teruk pengamtin lelakinya.apa2 pon alhamdulillah dh selamat.dan tahniah juga syabas sbb ambil balu anak seorg sebagai isteri
Quote pearl.silver 9-6-2022 01:08 PM
Nanti ank sulung buh nama nor jutaria ok
Quote Decaffeinated 9-6-2022 01:08 PM
Mana lebih gelabah tengok muka tok kadi ka tok mudim?
Quote imransulaiman 9-6-2022 01:20 PM
Real lah ni...bukan demi content.. Aduuuuuh!
Quote Artemesiaa 9-6-2022 01:20 PM
Dah pernah kawin pun bukan pertama kali laluinya over confident mungkin sebab tu diuji
Quote addamnor 9-6-2022 01:20 PM
budaktua replied at 8-6-2022 10:49 PM
zaman tik tok sedang menggila nkkan viewer ni agak sukar nk percaya yg perkara itu 'tidak dirancang' ...

Dlm video tu kejadian nampak genuine. So saya percaya beliau mmg gugup. Muka blur nak mati. It was funny by the way
Quote videcloset 9-6-2022 01:59 PM
Artemesiaa replied at 9-6-2022 01:20 PM
Dah pernah kawin pun bukan pertama kali laluinya over confident mungkin sebab tu diuji

dia kawin balu anak satu. dia tak penah kawin la kot. i rasa this is genuine
Quote tikusmontok 9-6-2022 02:23 PM
Artemesiaa replied at 9-6-2022 01:20 PM
Dah pernah kawin pun bukan pertama kali laluinya over confident mungkin sebab tu diuji

Yg penah kawin tu bini dia
Quote syamzana 9-6-2022 02:28 PM
ketatnya baju pengantin lelaki, habis tersembul segala benda.
gugup nau
Quote imanjannah 9-6-2022 02:35 PM
mmg gugup sungguh, org lain dah ketawa pun dia x tahu lagi kat mna silapnya
Quote swimswim 9-6-2022 02:55 PM
Kaya raya naw.. Mas kahwin 500 juta kekeke

Kalau tok kadi ckp sah kang, kena byr betul2 ke tak, serious nk tau
Quote addamnor 9-6-2022 03:19 PM
swimswim replied at 9-6-2022 02:55 PM
Kaya raya naw.. Mas kahwin 500 juta kekeke

Kalau tok kadi ckp sah kang, kena byr betul2 ke tak, ser ...

Tak sah pun akad tu since pengantin lelaki bukan consciously uttered the word 500 million  
Quote mizruncing 9-6-2022 03:52 PM
tiktok sangattttt
Quote TomyamPuteh 9-6-2022 03:56 PM
Agak berumur dua dua pengantin tu.
Quote UMMI_MAI 9-6-2022 04:59 PM
sian dia, org dah riuh ketawa pun dia masih blur

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top