Artikel Oleh : Izzah Abbasy Video Oleh : Izzah Abbasy, FirdausZ
Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jika kita lihat persekitaran di luar bandar, semangat kejiranan sangat kuat antara satu sama lain. Amalan gotong-royong, rewang, membersihkan kawasan kampung, bertukar juadah dan ziarah menziarahi menjadi suatu rutin buat mereka. Namun, berlainan di kota raya, semangat kejiranan kian pupus di beberapa kawasan kediaman elit, perumahan teres dan pangsapuri. Penduduk sekitar bandar ini lebih suka jika tiada yang mengenali mereka kerana bagi mereka tidak perlu 'menjaga tepi kain' orang lain.
Kenal atau tidak dengan jiran sebelah rumah? Yang pasti, orang tua atau kanak-kanak sememangnya kenal. Hal ini disebabkan oleh, orang tua selalu bertegur sapa manakala kanak-kanak pula jiran merupakan rakan sekolah mereka atau rakan sepermainan. Namun, apabila bertanyakan pada golongan belia mahupun dewasa, ramai yang tidak mengenali jiran dengan alasan sibuk bekerja dan mencari duit siang sehingga malam. Tidak mengenali serapat mana tidak menjadi suatu hal, yang penting kita mengenali satu sama lain. Ambil tahu, bertukar nombor telefon dan sebagainya. Sekurang-kurangnya apabila kita ditimpa kesusahan, jiranlah orang yang pertama akan membantu kita. Bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, diri sendiri pun kadang-kadang tidak sempat untuk mengenali lebih rapat dengan jiran, tetapi tidak salah saling mengingati antara satu sama lain. Pihak kerajaan juga telah menyarankan kempen semangat kejiranan ini. Tapi, rasanya kurang berhasil kerana ia berpunca daripada diri sendiri. Sikap tidak mengambil tahu hal orang lain mendatangkan keburukan buat diri dan keluarga. Namun apabila terjadi sesuatu, jiran jugalah yang dicari. Yang menjadi tanda tanya, ke mana hilangnya nilai-nilai murni dan adab dengan jiran yang telah diajar ketika sekolah dahulu? - CARI Infonet |
11
Bagus |
12
Marah |
20
Terkejut |
29
Sedih |
27
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 5-8-2015 08:48 PM
Dok kondo, jiran2 akak semua tutup pintu persis hotel... Ada masalah kol security saja. Senang.
ultra78 replied at 5-8-2015 08:57 PM
Hahaha..tapi memang betul situasi org duk di apartment dan kondo. Kalau duk di kampung atau di rum ...
ADVERTISEMENT