Oleh Adib Za "Bahasa Melayu semakin mekar di celah-celah Bahasa Inggeris, tidak seperti sesetengah bahasa lain yang telah hilang," ujar seorang rakyat Britain. Joshua Parfitt, seorang rakyat Britain menarik perhatian hadirin ketika majlis resepsi peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM), memetik laporan Bernama. Siapa sangka suara yang menuturkan bahasa Melayu ini adalah seorang orang asing yang sangat menyanjungi bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa Melayu umumnya pernah menjadi bahasa pengantara dunia (lingua franca) suatu masa dahulu. 1. Kini ia dituturkan 300 juta orang dan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia selepas Mandarin, bahasa Inggeris dan Hindi. (Sumber foto: ajiraksa) 2. Paling menarik, kini terdapat 140 buah universiti dan institut pengajian tinggi di seluruh dunia yang mengajar subjek bahasa Melayu. 3. Malah, pendedahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, kecenderungan untuk mempelajari bahasa Melayu di Eropah telah berjaya melahirkan sebilangan tokoh bahasa dan budaya Melayu di sana (Eropah) seperti Prof Kratz dan Dr Men Murtagh. 4. Prof Kratz ini merupakan pakar dalam bidang filologi tradisional Melayu, tulisan Jawi dan sejarah Melayu. 5. Manakala, Dr Ben Murtagh merupakan pakar penyelidik dalam kesusasteraan Melayu tradisional. (Sumber foto: youtube) Betapa perkembangan ini merupakan satu berita yang sangat baik bagi dunia Melayu itu sendiri. Namun, persoalannya, bagaimanakah penerimaan dan penerapan bahasa Melayu itu sendiri di kalangan penduduk dan masyarakat Malaysia? Adakah anda berbangga dengan bahasa Melayu seperti bangsa Korea dan Jepun yang berbangga dengan bahasa ibunda mereka? Tepuk dada, tanya selera. Semoga bahasa Melayu semakin bercambah ke seluruh dunia seiring dengan sifat dinamik bahasa Melayu itu sendiri. - CARI Infonet (Sumber: Bernama, Sinar Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka)
|
18
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Chinese tops the list of most popular world languages, with over one billion speakers. English trails in third place, with 335 million speakers. This data represents first-language speakers.
Language1 | Approx. number of speakers |
1. Chinese2 | 1,197,000,000 |
2. Spanish | 414,000,000 |
3. English | 335,000,000 |
4. Hindi | 260,000,000 |
5. Arabic3 | 237,000,000 |
6. Portuguese | 203,000,000 |
7. Bengali | 193,000,000 |
8. Russian | 167,000,000 |
9. Japanese | 122,000,000 |
10. Javanese | 84,300,000 |
Atata replied at 5-8-2015 03:19 PM
Mana Bahasa Melayu? Aku cari2 dlm list ni tp xda.
Ke yg no 10 tu considered as B.Melayu?
finesse replied at 5-8-2015 04:16 PM
Itu bahasa Jawa.
finesse replied at 5-8-2015 04:06 PM
Ada artikel yang ambil kira bilangan rakyat indonesia, Malaysia dan Brunei utk bahasa Melayu. Ada ya ...
finesse replied at 5-8-2015 04:16 PM
Itu bahasa Jawa.
Kini ia dituturkan 300 juta orang dan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia selepas Mandarin, bahasa Inggeris dan Hindi.
Kerêta_Angin replied at 5-8-2015 05:23 PM
dari 300 juta tersebut, majoriti penutur "bhs melayu" adalah org jawa yg berjumlah lebih kurang ...
finesse posted on 5-8-2015 09:32 AM
bang, bising malawi nanti.
ipes2 replied at 5-8-2015 09:11 PM
bahasa paling penting masih lagi bahasa Inggeris dan ayng mula naik is bahasa Mandarin; ramai org er ...
ADVERTISEMENT