CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ibunya Meninggal Sakit Kanser," – Cikgu Buat Lawatan, Sebak Tengok Keadaan Rumah Pelajar

3-6-2022 08:04 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2251| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Reez Mell


Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Reez Mell. Menerusi video itu, kelihatan rombongan guru yang telah membuat lawatan ke rumah pelajar di sekolah yang baru kehilangan ibunya akibat kanser lidah. 


Namun, keadaan rumah yang didiami oleh seorang pelajar tersebut telah membuatkan rombongan guru itu menjadi sebak. Hal ini kerana keadaan rumah pelajar tahun satu itu serba kekurangan dengan rumah yang dikelilingi oleh sampah sarap.

Menurut pengguna Tiktok tersebut, pelajar yang bernama Aqilah itu merupakan seorang pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Oleh itu, mereka mendoakan semoga pelajar itu tidak berputus asa untuk meneruskan pelajarannya walaupun baru kehilangan ibu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan bersimpati dengan nasib pelajar itu. Selain itu, ramai juga netizen yang mempersoalkan mengapa keluarga pelajar itu masih belum dibantu oleh pihak kerajaan dan zakat memberikan bantuan kepadanya. -CARI

Sumber: Tiktok Reez Mell


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-6-2022 08:15 AM
Rmh dia tak lah teruk sgt.....
Keadaan sekeliling seblm sampai ke rumah dia tu yg teruk....ni mesti blok tu ada wargasing mnyewa.....
Quote dewimalam78 3-6-2022 08:45 AM
Semangat tinggi untuk belajar tp takde common sense untuk bersihkan brg2 di kawasan dapur. [em:12:]
Quote seri_mawr 3-6-2022 09:24 AM
dewimalam78 replied at 3-6-2022 08:45 AM
Semangat tinggi untuk belajar tp takde common sense untuk bersihkan brg2 di kawasan dapur. [em:12:]

ni uouls refer pada siapa yang xde comman sense tu..? huhuu

anak dia baru tahun satu tu...7 tahun sekolah rendah tu kan..?

bukan tahun 1 dekat university ke iouls yang salah faham...
Quote Adrif 3-6-2022 11:01 AM
dewimalam78 replied at 3-6-2022 08:45 AM
Semangat tinggi untuk belajar tp takde common sense untuk bersihkan brg2 di kawasan dapur. [em:12:]

"rombongan guru"

"pelajar tahun 1"

"kehilangan ibu kerana kanser lidah"

she's young and probably in depression.
tak habis lagi berkabung, sedih, rindu ibu, menangis setiap hari mungkin

silap haribulan, makan pun tak mau
apentah lagi nak uruskan diri sendiri.
rumah sepah, sampah, kotor pun dia tak nampak. in a daze maybe.

kesian la kat dia

kita bukan dia
dia bukan kita

cara dia hadapi kesedihan berbeza. time will fix most things
Quote Buritan 3-6-2022 01:24 PM
Adrif replied at 3-6-2022 11:01 AM
"rombongan guru"

"pelajar tahun 1"

Siannya ko dik.. dah la susah mak plk dah takde..amiklaa sesape yg dokek tolong.. bayat bil bas ke..
Quote Artemesiaa 3-6-2022 03:39 PM
Dalam rumah tak ada siapa tolong bersihkan keadaan maknya macam tu pasti tak daya nak lakukannya
Quote whimsicalmusic 3-6-2022 04:06 PM
Mmg blh amek video n masuk socmed ke? Kalo bantuan mcm gomen cmtu iolls phm la, mcm bersamamu ke..tp kalo yg rombongan cikgu ni? Mengundang org mengata even niat nk suruh org bantu ke ape..tah la iolls very sceptical bnda2 mcm ni..kalo tu rumah iolls mmg iolls bengang jgk la buat content..btw dlm rumah die xde la kotor mana, yg luar tu yg teruk
Quote Diamje 4-6-2022 09:58 PM
whimsicalmusic replied at 3-6-2022 04:06 PM
Mmg blh amek video n masuk socmed ke? Kalo bantuan mcm gomen cmtu iolls phm la, mcm bersamamu ke..tp ...

Tak boleh sepatutnya. Sbb tu iols x stuju cikgu cikgi post pasal murid kat med soc.
Quote gideoncross 5-6-2022 04:13 PM
EL dh kna tagged, sat lgi adalah bliau ksana gamaknya.
Quote iznanaziz 15-6-2022 04:26 PM
rumah dia ok je, tapi luar flet tu je...tak jaga bersih.   maaf ckp..kalau ada warga asing..mmg selalu gini.
Quote dua_chzy 16-6-2022 01:43 AM
Akak terkedu melihat realiti flat pprt..............Dok kampung pun tak seteruk tu kot. Haish.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.190060 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top