Baru-baru ini, ada satu video tular di media sosial Instagram yang memaparkan detik cemas penumpang kapal terbang dibadai dengan angin puting beliung yang kuat.
Difahamkan, salah seorang penumpang itu sempat merakam suasana panik dengan menggunakan telefon bimbit miliknya, ada juga sedang beristighfar, menangis dan memegang kerusi di hadapannya.
Tambahan pula, kapal terbang Garuda Indonesia dengan nombor pendaftaran GA 608 itu dijadualkan mendarat di bandar Mutiara Sis Aljufri Palu, Sulawesi Tengah (Sulteng), sekitar pukul 2.45PM waktu tempatan.
Tetapi, ketika tayar kapal terbang itu hampir menyentuh landasan, tiba-tiba juruterbang tersebut membatalkannya dan terus naik semula, kemudiannya kapal terbang itu dilaporkan mengalami pergolakan sangat kuat sehingga menyebabkan penumpang menjadi cemas dengan situasi tersebut.
Ekoran itu, kapal terbang tersebut berjaya mendarat pada pukul 3.10PM waktu tempatan dan mengalami kelewatan selama 25 minit sahaja. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|