CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pertikai Billboard Di New York Times Square, Tok Ti Tak Nak Ulas Isu Kebudak-budakan

30-5-2022 01:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2991| Komen: 22|Original author: Tatod


Bagi seorang penyanyi, adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan apabila wajah terpampang di papan iklan gergasi yang terkenal di Times Square, New York di Amerika Syarikat. 

Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza menambah kejayaan tersendiri dalam karier seninya apabila dia menjadi salah seorang penyanyi Malaysia yang menghiasi papan iklan popular berkenaan.

Pun begitu, sebaik sahaja berita mengenai figura yang mesra disapa sebagai Tok Ti itu tular, tiba-tiba muncul pula segelintir pihak yang seolah-olah mempertikaikan perkara tersebut hingga menjadi perdebatan hangat di Twitter.



Menerusi laporan Media Hiburan yang sempat menemubual Tok Ti, penyanyi itu memaklumkan dia enggan mengulas panjang mengenai hal tersebut kerana menganggap ia seperti kebudak-budakan.

Sesiapa yang kurang senang dengan pengiktirafan tersebut adalah lebih baik jika bertanyakan perkara itu kepada pihak yang terlibat dan bukannya memberikan komen tidak benar di media sosial.

"Respons saya mudah sahaja, saya tak mahu jadi budak-budak sebab apa yang ditulis di Twitter itu bukanlah mewakili diri saya dan kadang-kadang bukan juga mewakili peminat saya juga. Yang anggap seperti itu hanyalah orang luar.

"Tak perlulah saya ulas panjang mengenai isu billboard ini. Sebelum ini pun sudah ramai artis yang wajah mereka turut terpampang di sana tetapi kenapa bila giliran Siti Nurhaliza pula ada yang nak mengusik?" katanya.


Tok Ti turut menambah bahawa dia percaya muzik adalah platform yang menyatukan rakan industri dan bukannya menjadi punca perbalahan sama ada sesama rakan penyanyi mahu pun dalam kalangan peminat.

"Muzik ini sangat universal dan istimewa. Kalau saya pergi ke luar negara pun dan orang di sana tak faham pun bahasa saya tetapi mereka masih boleh menghargai saya.


"Itu jugalah yang patut berlaku iaitu menghargai sesama penggiat seni. Itulah yang selalu saya terapkan dalam setiap persembahan, nyanyian dan lagu-lagu saya.

"Sebelum buat apa-apa andaian, minta dahulu penjelasan daripada pihak berkenaan kemudian barulah boleh bagi komen. Kalau tersilap komen maka ia akan menjadikan situasi kurang selesa," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 30-5-2022 02:01 PM
Iols x baca pun just nak tacang je
Quote Imkhai 30-5-2022 02:34 PM
Tp kebudak budakkan kt tiktok ok jaa kn tokti ????
Quote nawtylulu 30-5-2022 02:39 PM
rainbowrainz replied at 30-5-2022 02:01 PM
Iols x baca pun just nak tacang je

hahaha samaa... reply komen chuols pon sbb nk tacang..
Quote rospinki 30-5-2022 02:44 PM
siti dh jadi bbnu kt tiktok

aku tkde tt tapi ulang ciap saja
Quote ViennaEtha 30-5-2022 03:42 PM
Betullah kata dia, artis lain ok je x de issue sgt pun bila time dia je smua nak hentam, pro LGBT lah, apalah

Yang paling kelakar retis sendu slhkan sitizoner isue apa ntah hri tu, padahal yg berbunyi tu byk hatersss tpi acah2 sitizonerrss sejati ttp zonersss dipersalahkannn
Quote alieyrina 30-5-2022 07:34 PM
Haaha..kalau tanya pasal titok mungkin dia akan ulas panjang
Quote Piramida 30-5-2022 07:42 PM
Dengar tu pemenat2 beliau. Jgn jadi mcm budak2 suka gaduh benda kecik.

Tapi bila bertiktok nampak ke budak2 kan juga lah... Ke bbnu? Hihi
Quote Cokoro 30-5-2022 07:46 PM
Cntik bju rr tu. Nmpk kuruih tokti
Quote rainbowrainz 30-5-2022 09:22 PM
nawtylulu replied at 30-5-2022 06:39 AM
hahaha samaa... reply komen chuols pon sbb nk tacang..

Tacang lagik...hahahahah
Quote cikenit2007 30-5-2022 09:27 PM
Ye ker toktik ....masa bertik tok tak kisah pulak jadi macam budak2..terenyih2...terkenyit2...feeling2 ...hehehe.....zoners punye statement pun macam hawau....sah2 lah yg kuat gaduh ni zoners....
Quote Acikgomen 30-5-2022 11:16 PM
rainbowrainz replied at 30-5-2022 02:01 PM
Iols x baca pun just nak tacang je

Ctcaras ckp muka dia masuk times square billboard sebagai kejayaan heshe di bidang seni
Masuk iklan Spotify je oiiiiii bejaya kewwwww
Quote manlipeh 30-5-2022 11:23 PM
Serius weh x suka tgok tiktok tokti..mcm x classy dah dia..pastu yang dia buat-buat berlakon berjalan tu pun aku meluat..
Quote dewimalam78 30-5-2022 11:33 PM
Alasan je tu kata isu kebudak-an. Sebenarny dia tak reti bagi ulasan. Otak dia dgn siti zoner tu selevel.
Quote rainbowrainz 31-5-2022 12:41 AM
Acikgomen replied at 30-5-2022 03:16 PM
Ctcaras ckp muka dia masuk times square billboard sebagai kejayaan heshe di bidang seni
Masuk ...

Acikkk saje Jr kan bgtau iols.. kowser Tau nak baca psl tok t terpalingggg ni
Quote harisbee 31-5-2022 12:54 AM
kesian siti nak berbangga sikit pun x boleh...acah je haters ni
Quote bluecrystal 31-5-2022 01:21 AM
macam marah je bunyinya tu
Quote dekmieDandy 31-5-2022 10:24 AM
Cokoro replied at 30-5-2022 11:46 AM
Cntik bju rr tu. Nmpk kuruih tokti

baju hijau atas tu ke.? tu bukan rr chuolls, samm_republic buat
Quote doubleA 31-5-2022 10:37 AM
bluecrystal replied at 31-5-2022 01:21 AM
macam marah je bunyinya tu

Khen? Taknak ulas, tapi panjang gak ulasannya. Mid life crisis ke
Quote cik_Sally 31-5-2022 10:41 AM
Saya tak layan isu kebudak-budakan kerana saya sedang sibuk jadi budak baru nak up ditiktok.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.165957 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top