Membuat kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan kadang-kala tidak perlu melihat usia dan kedudukan seseorang itu, cukup dibuat dengan niat untuk membantu. Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang pemuda membantu warga emas yang berjalan kaki ayam dengan memberikan selipar dipakainya kepada lelaki tua itu. Berikutan kejadian, pemuda itu dilihat hanya berstoking sahaja ketika menunggang motosikal selepas dia memberi seliparnya kepada warga emas berkenaan. Menjengah di ruang komen pula, ramai netizen memuji pemuda itu kerana membantu warga emas terbabit dan ada juga yang mengatakan bahawa ibu bapa pemuda berkenaan berjaya mendidik anak mereka dengan baik. - CARI |
ADVERTISEMENT