CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kongsi Gambar Berdua Dengan Amelia Anderson, Netizen Tuduh 'Lamaran' Aedy Ashraf Hanya Gimik

26-5-2022 07:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8893| Komen: 41|Original author: Tatod

Description: Mac lalu, pelakon Aedy Ashraf mengejutkan ramai pihak apabila dengan beraninya 'melamar' aktres Amelia Henderson untuk menjadi kekasihnya di khalayak ramai. Perkara itu pastinya menjadi berita gembira ...

Mac lalu, pelakon Aedy Ashraf mengejutkan ramai pihak apabila dengan beraninya 'melamar' aktres Amelia Henderson untuk menjadi kekasihnya di khalayak ramai. Perkara itu pastinya menjadi berita gembira buat peminat serta pengikut drama Kisah Cinta Kita lakonan dua figura ini.

Selepas 'lamaran' itu, peminat membayangkan lebih banyak foto manis bersama akan dikongsikan. Bagaimanapun, tidak ada hantaran gambar berdua seperti yang peminat harapkan menyebabkan timbul desas-desus mengatakan 'lamaran' itu hanya gimik semata-mata.


Malahan, Aedy mahupun Amelia tidak memberikan sebarang kenyataan menjelaskan 'lamaran' berkenaan. Ia menyebabkan ada segelintir netizen yang tertanya-tanya status hubungan sebenar mereka.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Addy Ashraf Rosmadi berkata bahawa perjalanan percintaannya akan lebih bermakna tanpa pengetahuan umum. Namun, jejaka berusia 29 tahun itu menegaskan tindakannya melamar Amelia dilakukan secara spontan dan bukan gimik.


"Dari dulu lagi saya sudah biasakan diri untuk menjadikan kisah peribadi sebagai sesuatu yang private. Di Instagram pun saya jarang berkongsi. Kisah hidup sendiri akan jadi lebih bermakna andai tidak terlalu didedahkan kepada umum.

"Mengenai lamaran itu, saya sendiri pun terkejut dengan keberanian diri sendiri. Ia sama sekali tidak dirancang atau sengaja direka untuk mencipta gimik," katanya.

Aedy yang mula bekerja sebagai pelakon seawal usianya tujuh tahun menjadikan kerjaya sebagai keutamaan serta sanggup melepaskan nikmat waktu muda demi mengukuhkan kerjayanya.

Malahan, sehingga kini pun jadual harianya cukup sibuk dengan urusan kerja hinggakan tidak ada masa untuk diri sendiri apatah lagi keluar bersama kekasih.


"Jujur saya katakan, kehidupan saya tak seimbang. Saya lebih utamakan kerja dan tiada masa untuk diri sendiri. Waktu untuk bersama keluarga pun saya terpaksa korbankan.

"Mahu keluar dating pun tiada masa. Amelia sendiri pun sibuk dengan kerja. Mungkin sebab itulah kami serasa sebab masing-masing faham dengan tanggungjawab," katanya.


Dalam perkembangan lain, Aedy bakal tampil dengan filem War On Terror melakonkan watak sebagai anggota polis. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 27-5-2022 12:41 PM
"perjalanan percintaannya akan lebih bermakna tanpa pengetahuan umum"... lol baru nak tackle awek pun dah buat depan public dan dan statement nak reserve to private. choiiii!!
Quote twinkystar 27-5-2022 12:51 PM
Bukan mmg gimik ke?
Quote nawtylulu 27-5-2022 12:59 PM
yekee?? ok.
Quote rotiban 27-5-2022 01:02 PM
amelia ni xde taste ke?
asal boleh je
Quote applecomel 27-5-2022 01:06 PM
munah rashid kan gf dia.
Quote mendeluk 27-5-2022 02:10 PM
applecomel replied at 27-5-2022 01:06 PM
munah rashid kan gf dia.

I rase munah itu lagi lawa dari Amelia. Amelia muka singh sangat. Iols baca article before this pun boleh tau lah gimik je pun haha.
Quote auntyonion 27-5-2022 02:21 PM
Memang gimik je kan..rasa cm dia memang suka ameliath ni tp rasa dia bkn taste ameliath ni kot speku jela
Quote anony-mous 27-5-2022 02:22 PM
Xkan netizen baru dpt tgkap tu gimik?? Btw i rasa aedy ni akn single smpai bila2. Nmpk jenis susah nk betul2 jatuh cinta.
Quote mamajawie 27-5-2022 02:53 PM

bleh tahan urban si munah rashid tu..gambar mostly tunjuk ketek je manjang kat ig dia..

Quote applecomel 27-5-2022 04:23 PM
mendeluk replied at 27-5-2022 02:10 PM
I rase munah itu lagi lawa dari Amelia. Amelia muka singh sangat. Iols baca article before this pu ...

Setuju... Mmg lawa si munah tu...
Quote applecomel 27-5-2022 04:23 PM
mamajawie replied at 27-5-2022 02:53 PM
bleh tahan urban si munah rashid tu..gambar mostly tunjuk ketek je manjang kat ig dia..

Itu la taste aedy hehe...
Quote mendeluk 27-5-2022 04:51 PM
applecomel replied at 27-5-2022 04:23 PM
Setuju... Mmg lawa si munah tu...

Amelia muka singh sangat. Tak nampak muka matsalleh pun. Waktu dia kahwin itu, memang nampak dia cantik sangat2. Tapi lama2, muka dah macam kearah singh.
Quote anilanil 27-5-2022 07:19 PM
I ada soft spot utk amelia & aedy sbb tak gedik & both of them anak yg baik. Tahniah aedy & amelia. Jodoh rahsia Allah. Moga till Jannah.
Quote Incanto 27-5-2022 08:35 PM
munah dgn amelia  terlampau cantik utk aedy

dua dua diseb better
Quote Kancilkering 27-5-2022 08:50 PM
Edited by Kancilkering at 27-5-2022 08:52 PM

aedy yg nampak beaming gitu…ye lh org bercinta …lautan api aku renangi

amelia wat lek wat pis
dh gone through  marriage life….nak bercinta balik macam pfffft
Quote sky_haneul 27-5-2022 08:56 PM
applecomel replied at 27-5-2022 01:06 PM
munah rashid kan gf dia.

Dah putus. Dengar cerita munah dah rapat dengan orang lain.
Quote applecomel 27-5-2022 10:42 PM
sky_haneul replied at 27-5-2022 08:56 PM
Dah putus. Dengar cerita munah dah rapat dengan orang lain.

Ha ya ka...lorrr. sbb masa kwn depa kawen si safwan tu. Munah dan aedy hadir. Tak sangka pulak

Quote iluvclumsy 29-5-2022 01:14 AM
Taktau pulak kalau muka someone tu ke arah singh/punjabi meaning she tak lawa ..pemikiran mende tah dah banyak baca komen cenggini
Quote eely_shana 29-5-2022 01:18 PM
Cantik amelia ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057052 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top