Seperti yang kita tahu, seorang ibu kadang-kala dikenali dengan bersifat tegasnya apabila mendidik anak-anak supaya mereka menjadi insan berguna. Namun, ada juga sesetengah ibu terkenal dengan sifat lucu mereka yang tidak pernah segan dengan orang.
Baru-baru ini seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Iskandar Zamuel memuat naik video mengenai gelagat ibunya di sebuah premis makanan.
Menerusi video itu, Iskandar sekeluarga kelihatan baru sahaja selesai membeli-belah di sebuah pasaraya. Selepas membeli barang-barang keperluan, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menjamu selera di medan selera pasaraya berkenaan.
Namun, ibunya berasa kecewa kerana kedai makanan kegemaran ibunya ditutup kerana kehabisan minyak. Oleh itu, ibunya terus mengambil botol minyak yang baru sahaja dibelinya dan berikan kepada tukang masak di kedai itu.
Selepas makanan siap dimasak, ibunya kembali semula ke meja dengan senyuman riang dan menghulurkan makanan itu kepada anaknya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat telatah spontan ibu kepada lelaki berkenaan. - CARI