Berusaha menjaga hubungan baik dan aib bekas suami, Ellie Suriaty Omar mengakui terkilan apabila Azri Iskandar mengeluarkan kenyataan dirinya sebelum ini memang selalu meminta cerai.
Kata aktres dan pengarah itu, sewajarnya perkara tersebut tidak perlu diungkit mahupun dipersoalkan memandangkan lelaki yang sudah hidup bersama dengannya sejak 19 tahun lalu itu tahu situasi sebenar. “Kenapa saya selalu minta cerai? Jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan itu ada pada dia. Dia tak perlu persoalkan pun atau bawa benda itu keluar (hebahkan).
“Selepas sah berpisah kami ada berjumpa sebab saya mahu hubungan baik ini berkekalan. Tak semestinya bercerai kita jadi berantakan. Saya pergi tuntut fasakh pun ketika dalam keadaan tenang, jadi kenapa ungkit perkara lalu. “Dia sudah sewajarnya lega kerana selepas perceraian ini ramai bersimpati dengannya dan membenci saya. Itu tidak mengapa asalkan anak-anak faham. Sekali lagi saya katakan saya ambil jalan ini demi kebaikan semua. “Ada ke perempuan yang hidup bahagia dan suami layan dengan baik tiba-tiba minta cerai. Melainkan perempuan itu jenis tak bersyukur. Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat. “Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?” luahnya kepada Kosmo! Online berhubung kenyataan Azri dalam sebuah portal semalam. Kata aktor berkenaan, selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie sebelum ini. Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan bercerai pada 22 April lalu. Sumber: Kosmo
|
shida81: Laki klu biawak mmg patut di campak jauh2Lantak p org nk ckp apa
shida81: Laki klu biawak mmg patut di campak jauh2Lantak p org nk ckp apa
Saya kalau suami bawa ke pasar malam pun sudah seronok sangat.
“Tak perlu bawa saya terbang ke Paris, London pun. Saya tak baik lagi ke?”
princessmiang replied at 26-5-2022 05:57 AM
Kalau nengokkan cara ko meroyan terjerit2 depan sogo mcm pompuan tak siuman tu boleh bayang ko menj ...
susukambingbest replied at 26-5-2022 07:17 AM
Laki dia ni mmg loser la. Dlu memula kawin iol ingat lg baca kt majalah. Laki bewak dr broke fmily. ...
Redmyvi replied at 26-5-2022 07:24 AM
mcm mana la acik elly ni tk nmpk kepam dh semuanya ditanggung sndiri.. tgk yenna pun bakalan mnjd se ...
Acikgomen replied at 26-5-2022 07:48 AM
Yenna mana
ADVERTISEMENT