Baru-baru ini, usahawan berjaya dan influencer media sosial iaitu Hafiz Mahamad akhirnya telah membuka mulut dan tampil untuk menerangkan situasi yang terjadi kepada isteri iaitu Syafiqah Aina dan anak perempuan mereka. Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu, tular video mengenai isteri Hafiz yang dikatakan telah disihir oleh seseorang.
Hafiz telah memuat naik posting terbaru itu menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Hafiz, ada pihak yang berasa tidak senang dengan keluarganya. Individu itu telah menggunakan ilmu sihir kepada keluarga kecil Hafiz dan menyebabkan isterinya terkena tempias sihir itu. Namun, terbaru ini anaknya iaitu Raisya Arissa juga turut 'diganggu'.
Kata Hafiz, sebelum dia berangkat untuk menunaikan umrah, Raisya tiba-tiba demam panas dan menangis. Menerusi video yang dimuat naik itu, anaknya dilihat menangis teresak-esak dan ketakutan sambil menunjukkan tangannya ke arah almari di pakaian di rumahnya.
Hal ini menyebabkan Hafiz telah mendapatkan bantuan perubatan Islam untuk membantunya keluarganya. Usahawan ini juga berkata dia telah memaafkan individu yang ingin memporak-perandakan keluarganya.
Tambah Hafiz, dia juga berharap individu yang sanggup menganiaya keluarganya itu akan menerima balasan yang setimpal dengan tindakannya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Kalau dia orang baik, dia takkan cakap: Tambah Hafiz, dia juga berharap individu yang sanggup menganiaya keluarganya itu akan menerima balasan yang setimpal dengan tindakannya."
Patut doakan yang terbaik supaya orang tu diberi rahmat dan dibuka hatinya untuk berubah.
Kita tak boleh doakan yang buruk. Itu bermakna kita pon sama jahat ngan orang yang jahat kepada kita.