CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Kahwin Kali Ketiga? Amar Asyraf Ikut Kata Ulama, Tak Nak Dedah Isteri

23-5-2022 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4963| Komen: 32

Description: Selepas kes cerai talak tiga isteri kedua selesai, nama pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.
Selepas kes cerai talak tiga isteri kedua selesai, nama pelakon Amar Asyraf kembali menjadi tumpuan apabila didakwa sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita.


Spekulasi itu bermula selepas sekeping foto memperlihatkan pelakon tersebut dengan wanita bersama dua cahaya mata, dipercayai daripada hasil perkahwinan mereka.

Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin yang dihubungi mStar memilih untuk menjaga privasi keluarganya dan tidak berkongsi tentang status rumah tangganya kini.

Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, dia berpegang kepada kata para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah kisah keluarga.


"Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila melibatkan hal rumah tangga.


Foto: IG

Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, dia berpegang kepada kata para ulama yang menegaskan bahawa terdapat tiga perkara tidak boleh dikongsikan kepada umum termasuklah kisah keluarga.

"Saya sebenarnya tak ada apa nak cakap atau beritahu apa-apa. Bagi saya, bukan nak merahsiakan tapi lebih memilih untuk privasi apabila melibatkan hal rumah tangga.

"Apa yang terjadi sebelum ini memberi pengajaran kepada saya. Jadi, saya tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadi. Tapi kalau ada yang tahu, tahu la.

"Lagipun, saya berpegang dengan kata-kata beberapa ulama yang beritahu tak boleh kongsi usia, harta dan kisah keluarga kepada umum," katanya ketika dihubungi mStar.



Pada Ahad, tular sebuah foto mesra yang memperlihatkan pelakon itu dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana mengenakan busana berwarna putih.

Foto berkenaan dimuat naik pada 19 Mac lalu itu dipercayai daripada Instagram milik ibu kepada pelakon drama Perempuan Itu.

Dalam pada itu, Amar berharap tiada mana-mana pihak menganggu ketenangan keluarganya memandangkan dia kini lebih aktif dalam bidang perniagaan.

Kata Amar, dia lebih memberi tumpuan kepada perniagaan menjual produk wangian menerusi laman sosial House Of Amar dan produk Dmgia.

"Kehidupan saya pun dah tenang dan berharap sangat tiada mana-mana pihak menganggu kehidupan privasi saya sekeluarga. Saya pun sekarang lebih fokus kepada perniagaan.

"Sejak PKP, saya memang sibuk berniaga bermula dengan berniaga barangan terpakai atau bundle kemudian berniaga wangian rumah serta kereta.

"Sekarang ini, saya fokus kepada perniagaan wangian yang import dari luar negara. Insya-Allah saya akan keluarkan produk wangian sendiri pula lepas ini. Selain itu, ada kerjasama menjual produk Dmgia," ujarnya.

Untuk rekod, Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan mempunyai dua orang anak iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian.

Pada Oktober 2019, Amar membuat pendedahan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Vivy Jeffry beberapa tahun sebelum itu.

Pada Khamis lalu, media melaporkan pengesahan lafaz cerai talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap bekas isteri ketiganya iaitu Vivy Jeffry menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deebiz14 23-5-2022 03:39 PM
Dasar jantan propahh kaki pompuan, penipu, penunggang agama terlaknat setaraf loji tak guna punya manusia low class prangai syaiiTAAANNNN.

Sekian meols mencaci jantan yg kejenya menceraikan bini2. Puikk.
Quote mizruncing 23-5-2022 03:57 PM
bab kawen semua ikut ulamakkk
Quote Parit.Hilton 23-5-2022 05:07 PM
"Lagipun, saya berpegang dengan kata-kata beberapa ulama yang beritahu tak boleh kongsi usia, harta dan kisah keluarga kepada umum," katanya ketika dihubungi mStar.


ulamak hang tak cerita bab cerai bini sesuka hati ka?
Quote Moyangkucing 23-5-2022 05:36 PM
Berani sungguh bini barunya berlaki kan dia ni... good luck lah..
Quote bahagiaselalu 23-5-2022 05:51 PM
tak silap aku, kahwin kena uar uarkan untuk elak fitnah
then, ape nak kisah.. kalau ko ada sejarah pernah kahwen 10 kali pun bagitau jer laa...  
Quote ezacbee 23-5-2022 05:57 PM
Penunggang gak ke?
Quote putu 23-5-2022 06:13 PM
Mampu ka nak sara 3 istri?
Quote AcikBuncit 23-5-2022 06:41 PM
Kencang sgt ke poket dia ni smp 3 bini.. Bkn sng oii nk jaga mkn pakai ckup adil 3org..dlm industri rsenya xda twaran dh kot. Moga majula bisnes ko ye bang.. Kalo tak jgn buat naya anak org dok buat bini keliling pinggang..
Quote AnnaSendin 23-5-2022 07:05 PM
Penunggang, penonggek agama semua heols! Yang heran bin ajaib, ader pulaks pompuan gatal dengan heols. Msmanglah tak ambil iktibar atas kejadian menimpa bini2 heols.
Quote stania83 23-5-2022 07:07 PM
tak boleh diselamatkan lagi dia nii..bini pertama baik angkat kaki,
Quote BuBuComey 23-5-2022 07:12 PM
Kahwin kena la war war kan. Kisah rumah tangga hal kelamin tu yg takyah kongsi
Quote holothurian 23-5-2022 07:14 PM
Poyo betul ni
Quote nakkomenjugak 23-5-2022 07:28 PM
Kuat kawen sungguh lerrrr ko ni sisssss!
seronok sangat keee bercelupan halal toyyiban, dok jabat2 tangan tok kadi
dah boring, cerai
you cant make this shid up!
Quote dewi_rina 24-5-2022 09:22 AM
cerai talak 3 pun ikut kata ulamak jugak.. udah2 ler jadi penunggang ugama ni
meluat tengok golongan ni
Quote emera 24-5-2022 09:24 AM
Anu dia tak reti dok diam ek
Quote SherryZass 24-5-2022 09:26 AM
ada jugak ya perempuan yg nak kahwin dengan lelaki macam ni, kerja pun takde sangat, nak sara macam mana? bukan bujang pun, ada bini, ex bini, dan anak3.
Quote nubook 24-5-2022 10:09 AM
Hahaha ride while u can
Quote Mooverine 24-5-2022 10:47 AM
bukan orang cakap bertunang tu diam-diam, kahwin tu war-war kan?
Quote kuzaime 24-5-2022 10:55 AM
Dia ni sejenis benak kot. Lain orang ajar lain yg dia paham?? x boleh ceritakan hal2 keluarga kalau hal tu datangkan aib @ fitnah kalau orang lain tau. Sementara hal2 yg babitkan pernikahan, sewajarnya dihebahkan supaya orang tau & xkan datangkan apa2 fitnah.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063231 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top