Oleh : Dean BZ Sumber foto : www.comicvine.com Lelaki kebiasaannya digambarkan sebagai makhluk yang kuat, gagah dan bersifat pelindung. Tidak seperti wanita yang bersifat lemah lembut, hati cepat terusik dan mudah terluka. Kaum lelaki juga memang sukar difahami. Tidak dinafikan macam-macam ragam yang menyukarkan seorang perempuan memahami kaum Adam ini. Namun perlu diketahui, lelaki juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin sukar untuk mengenalpasti seseorang lelaki sedang merajuk akibat tersinggung dengan perbuatan anda. Disini terdapat tip-tip yang dikongsikan oleh emalaysiannews.com, mungkin dapat membantu anda untuk mengetahui yang sebenarnya si dia sedang merajuk dengan anda. Sumber foto : vindieselpics.tumblr.com Diam Seribu Bahasa Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita. Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud. Menolak Untuk Makan Bersama Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… ) Masam Muka Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia) Baca Surat Khabar Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta. Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb! Keluar Rumah Tanpa Beritahu Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je! Matikan Telefon Bimbit Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! Hisap rokok Macam tak pernah dapat rokok setahun Jika terdapat salah satu tanda-tanda diatas, anda pasti tahu apa yang perlu dibuat agar si dia tidak terusan merajuk dengan anda. - CARI Infonet.
|
4
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 1-8-2015 01:54 PM
hari hari aku merajuk
MeetJoeFly replied at 4-8-2015 10:29 AM
jangan kate laki takde perasaan ....
cik_tonggek replied at 4-8-2015 04:58 PM
part yg bebai takmo makan tuh, mmg besa dah buat
ajaklah anak2 duduk keliling dia, lepas tu suapkan ...
cik_tonggek replied at 4-8-2015 08:56 AM
hai joe dah balik ke blom
senahitam replied at 5-8-2015 05:18 AM
kelllaasss style memujuk kak tonggek ye....hehehe. boleh try ni
ADVERTISEMENT