Usahawan kosmetik, Cheta Potpet yang sebelum ini pernah muncul dengan single pertama berjudul Aku Yang Kau Mahu lebih dua tahun lalu mengakui dia kini sedang mencari material baharu untuk menghasilkan single kedua.
Cheta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 35, berkata, dia teruja apabila kali ini, dia turut mempelawa rakan artis, Ifa Raziah untuk sama-sama tampil dalam naskhah terbarunya itu nanti. “Setakat ini, ia masih lagi di peringkat perbincangan. Masih mencari formula yang betul untuk hasilkan lagu yang bagus memandangkan genre kami berdua berbeza. Ifa sinonim dengan dangdut manakala saya pula selesa dengan muzik Pop dan Rock. Manalah tahu konsepnya nanti akan jadi ‘RockDut’.
“Kak Ifa dia okay sahaja sebab sebelum ini ada yang kata kami macam kembar dan sebagainya. Kami pun mulai rapat dan sering berkongsi idea dan pendapat mengenai bisnes juga. Jadi tiada masalah untuk saling bekerjsama. “Tapi tidak dinafikan pada awalnya saya rasa takut-takut juga untuk berduet. Siapa yang tidak kenal dengan Ifa Raziah kan? Dia pun orang lama dalam nyanyian. Rasa tak percaya pun ada. “Tapi bila difikirkan balik, tidak salah pun sebab saya sendiri sebelum ini memang ada band sendiri sebelum fokus bisnes. Harapnya kolaborasi ini adakan dapat direalisasikan,” katanya yang juga pengasas Secret Desire. Sementara itu, anak keempat daripada lima beradik ini turut menambah, dia memperuntukkan sejumlah duit raya, khas untuk diberikan kepada kanak-kanak sepanjang Aidilfitri.
|
missyL replied at 21-5-2022 11:51 PM
Bg duit lempar2 cmtu
Sialan je rase.
Dah mcm cite ali baba n penyamun
Buritan replied at 22-5-2022 10:34 PM
Lg org alim tego lg kome buat...
missyL replied at 23-5-2022 12:34 PM
Mereka ni selagi x ditimpa bala
Riak lah Selagi bole
Buritan replied at 23-5-2022 01:22 PM
Tak tau laa.. sebijik mcm perangai org org firaun dulu kala... cume takde todi je dgn pakai tudung ...
ADVERTISEMENT