CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 10

Cheta Potpet Bakal Rakam Single Dengan Ifa Raziah, Sediakan Sepeti Duit Raya

  [Copy link]
Post time 20-5-2022 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan kosmetik, Cheta Potpet yang sebelum ini pernah muncul dengan single pertama berjudul Aku Yang Kau Mahu lebih dua tahun lalu mengakui dia kini sedang mencari material baharu untuk menghasilkan single kedua.


Cheta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 35, berkata, dia teruja apabila kali ini, dia turut mempelawa rakan artis, Ifa Raziah untuk sama-sama tampil dalam naskhah terbarunya itu nanti.




Kredit foto: IG Cheta




“Setakat ini, ia masih lagi di peringkat perbincangan. Masih mencari formula yang betul untuk hasilkan lagu yang bagus memandangkan genre kami berdua berbeza. Ifa sinonim dengan dangdut manakala saya pula selesa dengan muzik Pop dan Rock. Manalah tahu konsepnya nanti akan jadi ‘RockDut’.


“Kak Ifa dia okay sahaja sebab sebelum ini ada yang kata kami macam kembar dan sebagainya. Kami pun mulai rapat dan sering berkongsi idea dan pendapat mengenai bisnes juga. Jadi tiada masalah untuk saling bekerjsama.


“Tapi tidak dinafikan pada awalnya saya rasa takut-takut juga untuk berduet. Siapa yang tidak kenal dengan Ifa Raziah kan? Dia pun orang lama dalam nyanyian. Rasa tak percaya pun ada.


“Tapi bila difikirkan balik, tidak salah pun sebab saya sendiri sebelum ini memang ada band sendiri sebelum fokus bisnes. Harapnya kolaborasi ini adakan dapat direalisasikan,” katanya yang juga pengasas Secret Desire.


Sementara itu, anak keempat daripada lima beradik ini turut menambah, dia memperuntukkan sejumlah duit raya, khas untuk diberikan kepada kanak-kanak sepanjang Aidilfitri.




  



  



“Saya pun tak boleh nak jangka berapa ramai yang hadir, sebab kita beri peluang kepada semua untuk datang. Selagi makanan ada, selagi itu kita makan. Biasanya ‘founder’ mungkin hanya panggil agen, wakil atau pembeli terpilih sahaja datang ke rumah terbuka. Tapi konsep kami berbeza.


“Suami pun menyokong cara begini. Syukur, dapat sediakan duit raya sekitar RM20,000 untuk diagihkan kepada tetamu yang bawa anak-anak. Memang sediakan satu peti, khas untuk duit raya sahaja.


“Begitulah setiap tahun cuma tahun ini Allah SWT beri rezeki lebih. Tak salah untuk saling berkongsi. Harapnya majlis begini akan dapat diteruskan lagi, insya-Allah,” katanya lagi yang bersyukur kerana impiannya untuk menghargai pengguna menerusi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Secret Desire akhirnya tercapai.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tahikkk mana pulak innehhhh???
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg duit lempar2 cmtu
Sialan je rase.
Dah mcm cite ali baba n penyamun
Tp ni mcm penyamun hehehehehe
Gurau je cheta potpet
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 21-5-2022 11:51 PM
Bg duit lempar2 cmtu
Sialan je rase.
Dah mcm cite ali baba n penyamun

Lg org alim tego lg kome buat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:39 PM | Show all posts
Siapa ni? Tahu-tahu dah nak 2 lagu single beliau, tahu-tahu ada benang kat Cari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-5-2022 10:34 PM
Lg org alim tego lg kome buat...

Mereka ni selagi x ditimpa bala
Riak lah Selagi bole
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee bulatnya anak perempuan dia yg sorang tu, geram betul aku tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
order cheta rso, sampai cheta potpet. mesti rating 1 star jah seller dapat tu pon kalau customer tak request return/refund lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Buritan at 23-5-2022 01:23 PM
missyL replied at 23-5-2022 12:34 PM
Mereka ni selagi x ditimpa bala
Riak lah Selagi bole


Tak tau laa.. sebijik mcm perangai org org firaun dulu kala... cume takde todi je dgn pakai tudung.. lain sama...


Aku tak nak sebut perangai org kafir.. sbb aku tgk perangai org bkn islam lagi mulia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-5-2022 01:22 PM
Tak tau laa.. sebijik mcm perangai org org firaun dulu kala... cume takde todi je dgn pakai tudung ...


Setuju
Huu
Tgok la alip n bidah dah la

Umo dah tua tp still x bape nk cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanadjo replied at 23-5-2022 12:43 PM
Eee bulatnya anak perempuan dia yg sorang tu, geram betul aku tengok.

A ah bulat betol
Tu lau x jaga smpi besar leh jadi gemok tu.
Huhu

Tp mmg comey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060306 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list