Khai Bahar, 28, mengakui dia kurang selesa apabila ada segelintir peminat suka mengaitkannya supaya betul- betul 'bercinta' dengan rakan penyanyi wanita yang berduet dengannya.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin ketika ditemui berkata, perasaan cinta yang sebenar itu tidak boleh dipaksa-paksa. Malah, gandingan dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul hanya atas dasar kerja saja. "Saya sebenarnya kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang suka kaitkan atau cuba 'kenen-kenen' saya untuk jatuh cinta betul-betul dengan rakan duet wanita seperti Aina. Di antara kami, selesa profesional dalam bekerja.
"Lagipun, buat masa ini saya memang tidak terfikir langsung dan belum fikir nak bercinta atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita kerana ingin fokus membahagiakan ibu bapa saya di kampung.
|
missyL replied at 20-5-2022 04:12 PM
Cube kenen kn ngn hael heheh
Eh x bole kan
cicicumel replied at 21-5-2022 02:37 PM
Dah pasangan duet ko haukkk.. Yg latest dgn Lia apantah.. OST drama Pak Samad tu. Umur 18 tapi.... S ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060097 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.