Dituduh sengaja cipta gimik bagi promosikan filem Zim Zim Ala Kazim, pengarah dan penerbit Mawi menegaskan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias sememang sedang menderita sakit misteri.
Malah menurut Mawi, foto yang memperlihatkan kulit tangan yang kehitaman itu merupakan keadaan sebenar fizikal Kazim atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim. Mengakui terdapat penambahan dari segi kesan solekan, Mawi atau Asmawi Ani juga mendedahkan Kazim pernah menunjukkan keadaan kulitnya yang secara tiba-tiba mengeluarkan darah ketika sedang menjalani penggambaran filem itu. “Ustaz Kazim memang dah lama tak sihat tapi dia kuatkan semangat juga untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk promosi filem.
“Dia memang tengah sakit dan gambar yang dia kongsikan itu memang keadaan dirinya sekarang. Cuma kami ada gunakan kesan solekan sikit untuk filem ini. “Ikutkan satu badan Ustaz kena macam itu. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya darah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting,” kata Mawi kepada mStar. Pada Rabu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami. Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu. Bagaimanapun komen pelakon Aeril Zafrel yang bertanya tentang sama ada pendakwah tersebut sedang menjalani penggambaran menarik perhatian netizen yang mula menganggap ia sekadar gimik untuk mempromosikan filem lakonannya itu.
|
dua_chzy: Kak farah punya kerja memang d ...
anggeriklatifah replied at 19-5-2022 07:39 PM
Pergi la mana perubatan islam di seluruh dunia pon...pergi la mana2 ahli ulama yg hebat kat dunia s ...
Nenasketum replied at 20-5-2022 11:36 AM
Aku baru dengor ceramah Mufti Maza, klakar la engkorang suka sokong setad giler glamor dan suspected ...
ADVERTISEMENT