CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5446|Reply: 39

"Tiap Kali Nak Muncul Di TV, Mesti Penyakit Misteri Datang,"-Mawi Saksi Kulit Menggerutu Ustaz Kazim Berdarah

[Copy link]
Post time 19-5-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Dituduh sengaja cipta gimik bagi promosikan filem Zim Zim Ala Kazim, pengarah dan penerbit Mawi menegaskan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias sememang sedang menderita sakit misteri.


Malah menurut Mawi, foto yang memperlihatkan kulit tangan yang kehitaman itu merupakan keadaan sebenar fizikal Kazim atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim.


Mengakui terdapat penambahan dari segi kesan solekan, Mawi atau Asmawi Ani juga mendedahkan Kazim pernah menunjukkan keadaan kulitnya yang secara tiba-tiba mengeluarkan darah ketika sedang menjalani penggambaran filem itu.


Foto: IG




“Ustaz Kazim memang dah lama tak sihat tapi dia kuatkan semangat juga untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk promosi filem.


“Dia memang tengah sakit dan gambar yang dia kongsikan itu memang keadaan dirinya sekarang. Cuma kami ada gunakan kesan solekan sikit untuk filem ini.


“Ikutkan satu badan Ustaz kena macam itu. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya darah keluar dari kulit dia ketika tengah shooting,” kata Mawi kepada mStar.




Foto: FB




Pada Rabu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami.


Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu.


Bagaimanapun komen pelakon Aeril Zafrel yang bertanya tentang sama ada pendakwah tersebut sedang menjalani penggambaran menarik perhatian netizen yang mula menganggap ia sekadar gimik untuk mempromosikan filem lakonannya itu.




  



Kazim menerusi laman Instagram memberitahu sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama dan dia mencuba pelbagai jenis rawatan serta cuba menyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita.


Dalam pada itu, Mawi yang juga seorang penyanyi turut memberitahu pendakwah berkenaan hilang keyakinan untuk bertemu dengan orang disebabkan keadaan kesihatannya itu.




Foto: FB









“Masa nak mula shooting itu, Ustaz hilang keyakinan dan rasa rendah diri dengan keadaan diri dia... dia rasa malu nak jumpa orang. Saya pun ada duduk berborak dengan dia beri semangat.


“Semua team produksi pun beri semangat, Alhamdulillah dia bangkit semula dan walaupun dia nampak lemah tapi tetap bersemangat.


“Yang saya harian, bila nak mula shooting, penyakit tu datang semula. Ustaz kata tiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang,” ujarnya.


Mawi dan Kazim bersama team produksi masih berada di Ipoh, Perak sejak 10 hari lalu bagi menjalani penggambaran filem berkenaan sehingga minggu hadapan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 04:04 PM | Show all posts
kesiannn....cuba minta maaf dengan anak ustaz tu sekali dekat keluarga-keluarga pelajar tahfiz yang kena aniaya dulu tu..mana tahu salah satu punca...... hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak farah punya kerja memang dahsyat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Kak farah punya kerja memang d ...
farah mana ni sis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Muhasabah diri, taubat atas segala dosa, minta maaf kepada semua orang yang dianiaya pastu pergi jumpa doctor pakar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 07:29 PM | Show all posts
semoga yg baik2 saja untuk ustaz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hzln at 19-5-2022 07:39 PM

Ko tak tengok parut eczema hakak juga parut allergic reactions hakak, mesti ko caya hakak hidap sakit misteri juga kan mawi? Tapi tak adalah akak sanggup nak bogel depan ko tunjuk, demi nak acah2 suci, asal ada menda tak elok jer sbb org dengki, sbb kena buatan orang, kena santet dgn orang...jahat sungguh mereka yg aniaya hakak yg tak buat sebarang salah silap ni...nak rasa kena cash ka hapa ka, hakak tak rasa akak ada buat salah apa pun, sbb hakak ni org baik2, selalu bagi ceramah agama, ada tahfiz lagi...ko tgk tudung laboh hakak yg sampei ke tumit ni pun ko dah tau baik mana hakak ni banding dgn puak2 pendosa luar sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi la mana perubatan islam di seluruh dunia pon...pergi la mana2 ahli ulama yg hebat kat dunia  sekali pun.. pergi berubat kat wali tuhan pon...takkan baik sebb bukan lah sihir..
Cuma kalau nak baik..sendiri pergi mintak maaf kat mak dan budak yg anak kau buat anaya tu  ...
InshaAllah hanya itu sahaja penawarnya..itu pun kalau mak budak tu dan budak tu nak maafkan la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts


https://says.com/my/seismik/isu- ... -tahfiz-ustaz-kazim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah² allergic kot......semakin umur meningkat, semakin banyaklah penyakit dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 19-5-2022 07:39 PM
Pergi la mana perubatan islam di seluruh dunia pon...pergi la mana2 ahli ulama yg hebat kat dunia  s ...

Kn..tapi sejenis ego terpaling dia betul..usetaz mana mungkin dia rendahkan ego p mintak Maaf..rasaiiin looohhh pembalasan dari Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa Bg mat...bila stress benda ini akan timbol. Reaction badan Kita.

Dah lah ostad...duduk kat rumah buat ibadah dan cari ketentangan diri sendiri. Jangan cari glamour. Kalo kebal macam stinger atau neelopa ok lah. Tapi Kalau tidak undur diri dari dunia glamour. Gituuu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu baca macam sakit teruk sangat takleh bangun kena pakai wheelchair kan. Tengok2 kat tv ada bagi ceramah tapi tu tahun bila punya..macam yang latest. Lepastu ada buat lagu selawat rap best lagu tu anak aku suka. Lani shooting plak elok boleh berdiri rakam lagu ke apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 08:54 AM | Show all posts
Iolls ingat menggerutu tu efek utk lakonon heolls. Sebab make up artist cakap dia enhance/topap2 kulit DUKE utk efek lebih menyerlah. Jadi adakah benar kulit menggerutu iteww???
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 09:03 AM | Show all posts
Cuba tanya Tok Adi, mungkin kifarah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru dengor ceramah Mufti Maza, klakar la engkorang suka sokong setad giler glamor dan suspected songsang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 20-5-2022 11:36 AM
Aku baru dengor ceramah Mufti Maza, klakar la engkorang suka sokong setad giler glamor dan suspected ...

Maza cakap apa... ada kaitan dengan setad ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic replied at 19-5-2022 10:58 AM
farah mana ni sis?

Kafarah sis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 20-5-2022 03:36 AM
Aku baru dengor ceramah Mufti Maza, klakar la engkorang suka sokong setad giler glamor dan suspected ...

Heshe lgbt ke? No wonder menurun kat anak. Akak dah kata, lgbt ni genetik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
yang saya harian … apo mstar oiii
yang saya hairan patutnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054057 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list