Azri Iskandar mengaku dia susah nak sesuaikan diri bergelar duda. 19 tahun hidup bersama ia merupakan dugaan berat bagi dirinya dan tidak akan menolak sekiranya satu hari nanti mereka rujuk kembali menjadi suami isteri.
"Saya reda dengan takdir yang sudah tertulis. Sekarang ini saya masih dalam keadaan keliru betul ke dah bercerai... nak menyesuaikan diri. "Nak kena terima hakikat dah kembali single. Jadi, saya pun tak tahu perasaan sekarang macam mana. Harap peminat doakan kebahagian saya dan Ellie
"Kalau satu hari nanti kami berbaik dan nak rujuk semula, tak ada siapa akan halang kecuali kalau kami dah berkahwin lain," katanya kepada mStar. Buat masa sekarang, Azri anggap Elly sebagai rakan baiknya. Dia juga berterima kasih kepada Elly yang menjaganya ketika dia kemurungan teruk selepas dipecat dari filem Leftenan Adnan pada tahun 2000. "Hubungan kami masih baik... saya pun masih anggap Elly sebagai kawan baik dan ibu kepada anak-anak kami. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya. "Masa saya alami kemurungan teruk sampai macam nak gila disebabkan kena pecat dari filem Leftenan Adnan 22 tahun lalu, dia la yang menjaga saya." Azri Iskandar, 54, dan Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mendirikan rumah tangga pada tahun 2003. Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang meninggal dunia sebelum dilahirkan. Sebelum Ellie, Azri pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992 namun bercerai pada 1999 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Elly dah pindah di kawasan perumah yang berdekatan bagi memudahkan anak berulang-alik. "Dia pun pindah di kawasan berdekatan juga. Anak bongsu tinggal bersama dia manakala anak lelaki dengan saya. Kalau mereka rindu boleh saja ulang alik." -CARI
|
TomyamPuteh replied at 19-5-2022 01:40 PM
Tetiba acik2 porum pakat puji memuji kak elly plak.
MatDeghem: oh pokcik ini weak lah. harus ...
kiah_mai_pulak replied at 19-5-2022 01:53 PM
hmmmm lemahhh bethullll.. sleyaknyalahhh cinta sampai mati kepam dgn kepammm
ADVERTISEMENT