Sebelum ini, usahawan kosmetik sensasi, Kak KM atau Liana Rosli telah menyuarakan pendatanya mengenai kecenderungan selebriti berkongsi gambar anak mereka yang baru lahir namun menutup wajah bayi berkenaan dengan menggunakan emoji.
Mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kali ini, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein turut berkongsi pendapatnya mengenai isu berkenaan.
Selebriti yang mesra disapa sebagai Kak Lina itu menerusi Instagram berkata, tindakan segelintir artis yang memilih untuk menutup wajah anak mereka adalah pilihan masing-masing.
"Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
"Jangan pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Banyak lagi benda lain nak buat content.
"Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia. Terima kasih," tulisnya.
Untuk rekod, selebriti berusia 42 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Azmi Hatta pada 9 November 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Sara Sefhia. Malangnya, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan.
Selepas menyendiri selama lima tahun, Elly berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Haider Mateen pada 23 Oktober 2021. -CARI