Bimbang dengan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi, pelakon jelita, Anzalna Nasir akui tidak akan menggunakan pengasuh untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees.
Kata pelakon Sepah The Movie ini, dia lebih selesa membesar dan menjaga anaknya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab tersebut di tangan individu tidak dikenali. “Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua. “Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri.
“Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ciwelireng replied at 19-5-2022 03:09 PM
Laki dia kerja apae ya?
mendeluk replied at 19-5-2022 03:12 PM
Laki dia jual kereta dkt sime darby itu. Dulu mcm kerja sana. Ke buat statement mcm ini sbb xcukup ...
LembingDayanti replied at 20-5-2022 06:58 AM
anak kemain handsome takde org nak dera la... yg kene dera ni jenis yg keje dia nangis tak stop2 mac ...
ADVERTISEMENT