View: 1277|Reply: 8
|
Anzalna Nasir Tak Akan Ambil Pengasuh, Takut Anak Kena Dera
[Copy link]
|
|
Bimbang dengan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi, pelakon jelita, Anzalna Nasir akui tidak akan menggunakan pengasuh untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees.
Kata pelakon Sepah The Movie ini, dia lebih selesa membesar dan menjaga anaknya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab tersebut di tangan individu tidak dikenali.
Foto: IG
“Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua.
“Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri.
“Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Anzalna bulan lalu memaklumkan dirinya hamil anak kedua. Dalam perkongsian di Instagram itu, pelakon tersebut mengesahkan, setakat April tahun ini, kandungannya sudah berusia lapan bulan.
Jelitawan berusia 34 tahun ini bagaimana mengakui bukan mudah menjaga anak dalam keadaan sarat mengandung.
Katanya ditambah lagi dengan perubahan sikap anak pertama yang semakin inginkan perhatian daripada kedua ibu bapanya.
“Memang mencabar. Bila nak dapat adik ini, perangai dia lain sedikit. Semakin inginkan perhatian.
“Oleh sebab itu, antara saya dan suami, dua-dua kena ada untuk dia.
“Sebab itu saya lebih senang jaga sendiri. Seronok dapat tengok dia membesar depan mata,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia ada maid ke ye kat rumah, tolong2 buat kerja rumah? Cantik body time mengandung. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkorban ape? Sbb dah tak berlakon ke? Berambus terus jelah kau bukan best pun.
Nak kerja, ambiklah pengasuh.
Taknak kerja duk lah rumah jaga anak tu.
Tak percaya kat orang lain, tak payah kerja duk rumah jaga anak. Orang kaya kan. Senang je. Untung sbb ade pilihan mcm ni. Semua nk bgtahu orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ciwelireng replied at 19-5-2022 03:09 PM
Laki dia kerja apae ya?
Laki dia jual kereta dkt sime darby itu. Dulu mcm kerja sana. Ke buat statement mcm ini sbb xcukup duit Ye la kadang2 mana boleh percaya yang gigih suka tayang barang2 branded tapi pokai je dlm bab lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau banyak duit ke tak, tunggu dia langgar palang security rumah dia duduk.Tengok ada tak mintak pengurangan denda kat mahkamah.
Tiber kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
anak kemain handsome takde org nak dera la... yg kene dera ni jenis yg keje dia nangis tak stop2 macam teraniaya sgt haa gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak ambil pengasuh tapi kadang2 tinggal anak kat mak or mil tak? or dia ada maid?
|
|
|
|
|
|
|
|
LembingDayanti replied at 20-5-2022 06:58 AM
anak kemain handsome takde org nak dera la... yg kene dera ni jenis yg keje dia nangis tak stop2 mac ...
Yg jenis nanges tak stop2, memang semua raut pecah pintu kewww?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|