CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Filem Doctor Strange, Suami Dipenjara Atas Jenayah Seks Kanak-Kanak

19-5-2022 10:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1985| Komen: 6|Original author: Tatod


Aktres Zara Pythian yang berlakon dalam filem Doctor Strange dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara selepas Mahkamah Nottingham Crown mendapati aktres tersebut bersalah atas jenayah mendera gadis berusia 13 tahun.

Jenayah tersebut dilakukan wanita berusia 37 tahun itu bersama suaminya, Victor Marke, 59. Marke juga melakukan penderaan seksual terhadap seorang gadis berusia 15 tahun secara bersendirian.

Memetik laporan BBC, Hakim Mark Watson menyifatkan Marke adalah dalang sebenar di sebalik penderaan tersebut dan dijatuhkan hukuman 14 tahun penjara.


Victor Marke dan Zara Phytian

Marke turut didakwa dengan empat pertuduhan menyerang kanak-kanak secara tidak senonoh antara 2002 dan 2003.

Pasangan itu didakwa bersama dengan 14 pertuduhan melakukan aktiviti seksual dengan seorang kanak-kanak antara 2005 dan 2008.

Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan kesalahn itu namun didapati bersalah oleh juri dan dijatuhkan hukuman pada Isnin lalu.


"Ketika dalam pemeriksaan balas, anda menafikan bercinta dengan Victor Marke namun berdasarkan bukti yang saya dengar, saya yakin perbuatan anda dibentuk oleh pengaruh ke atas anda sejak usia yang masih muda," katanya kepada Phytian.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pasangan itu berkenalan ketika Phytian menjadi pengajar seni mempertahankan diri sebelum wanita itu meneruskan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 19-5-2022 11:11 AM
ni salah satu cult ring pedo ke?jijik ngan dorang ni
Quote awanearisu 19-5-2022 01:30 PM
14 pertuduhan. Harap pasangan ini mendiami tirai besi selama-lamanya.
Quote shernazz 19-5-2022 01:38 PM
Gila lah..elok mereput dlm jail forever n eberrrr
Quote syamzana 19-5-2022 01:46 PM
erkkkk...masuk jail mohon dpt segala jenis kuman, biar mati dlm sana. xyah bela lama2 la.
Quote any42 19-5-2022 08:18 PM
Jijiklah. mohon mereput dlm pnjara
Quote matchstick 19-5-2022 11:24 PM
Sheols pun kena grooming dgn laki tu sejak teenage kot. Beza umur 22 tahun

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.083004 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top