CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tuah Ditampar Will Smith, Chris Rock Mungkin Kendali Oscars Lagi!

19-5-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1194| Komen: 0

Description: Insiden ditampar pelakon Will Smith ketika siaran langsung Anugerah Oscar pada Mac lalu boleh dikatakan membawa tuah kepada pelawak Chris Rock.Memetik laporan Hollywoodlife, kemungkinan besar Chris Ro ...
Insiden ditampar pelakon Will Smith ketika siaran langsung Anugerah Oscar pada Mac lalu boleh dikatakan membawa tuah kepada pelawak Chris Rock.


Memetik laporan Hollywoodlife, kemungkinan besar Chris Rock akan dipilih menjadi pengacara untuk malam anugerah berprestij itu pada tahun hadapan.


Kredit foto: The Times.co.uk

Menurut President hiburan ABC, biarpun kontroversi itu mengaburi perkara yang baik di malam anugerah itu namun ia mendapat sambutan yang luar biasa dari tahun sebelum ini.

"Penilaian saya terhadap Oscar ialah ia benar-benar tahun yang berjaya untuk anugerah itu. Jelas sekali terdapat banyak kontroversi sehingga perkara positif tidak kelihatan.


"Tapi saya sangat gembira dengan program itu. Malah sebelum insiden yang sangat malang itu, anugerah itu bermula dari tahun ke tahun, dan kami kembali dengan cara yang besar," katanya.


Kredit foto: The Guardian

Sebelum ini, Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Rock ketika siaran langsung Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak.

Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut.

Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Rock menerusi laman Instagram dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047150 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top