CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rihanna Dah Jadi Mak Budak!

20-5-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2296| Komen: 5

Description: Penyanyi, pelakon dan usahawan, Rihanna akhirnya bergelar seorang ibu setelah melahirkan bayi lelaki pada 13 Mei 2022, hasil perkongsian hidupnya bersama rapper terkenal A$AP Rocky.
Penyanyi, pelakon dan usahawan, Rihanna akhirnya bergelar seorang ibu setelah melahirkan bayi lelaki pada 13 Mei 2022, hasil perkongsian hidupnya bersama rapper terkenal A$AP Rocky.


Pelantun lagu Diamonds tersebut dilaporkan melahirkan bayinya di sebuah hospital di Los Angeles.


Kredit foto: IG Rihanna

Menurut People, berdasarkan maklumat dari sumber mereka, “Rihanna sihat, mereka sangat teruja bergelar ibu dan bapa. Rihanna sudahpun menjadi seorang ibu yang hebat.”

Dia yang menyorokkan kandungannya selama hampir empat bulan sebelum mengumumkan pada Januari lalu teruja apabila mengetahui bakal bergelar seorang ibu.


Menjadikan momen kandungannya satu ekspresi diri, Rihanna gemar menonjolkan perutnya dan mencipta satu gaya tersendiri.

Pemenang anugerah Grammy ini pernah berkata yang memilih stail fesyen ketika sedang mengandung merupakan satu perkara mencabar, namun menyeronokkan.


Kredit foto: IG Rihanna

Ujarnya, “Saya suka dan saya menikmati momen ini. Saya tidak perlu risau untuk menutup perut. Walaupun saya rasa sedikit berisi, tetapi apa-apa sahajalah! Ada bayi dalam perut ini.”

Mengimbau kembali hubungan Rihanna dan A$AP Rocky, dua bintang popular ini ini sudah berkenalan sekian lama, namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SedihPedih 20-5-2022 10:48 AM
tahniah Riri!
Quote KirazMevsimi 21-5-2022 05:35 AM
tahniahhh. best nya
Quote Gutierrez142 8-9-2022 02:34 PM
tahniahhhhhhh yeahhhhhh color tunnel
Quote mizruncing 8-9-2022 03:07 PM
akhirnyaaaa
Quote beatgirlX 9-9-2022 12:16 AM
Nak tgk gmbo anak nyaaa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054844 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top