CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mudah Alami Kemurungan, Katy Perry Bahagia Dengan Aura Positif Orlando Bloom

18-5-2022 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1725| Komen: 2

Description: Ramai tertanya-tanya mengapa bintang antarabangsa terkenal, Orlando Bloom, 45, dan Katy Perry, 37, belum berkahwin sedangkan sudah lama hidup bersama sehingga ada gosip mengatakan mereka sudah berpisa ...
Ramai tertanya-tanya mengapa bintang antarabangsa terkenal, Orlando Bloom, 45, dan Katy Perry, 37, belum berkahwin sedangkan sudah lama hidup bersama sehingga ada gosip mengatakan mereka sudah berpisah.


Ia berikutan Katy dilihat tidak memakai cincin pertunangan dan tidak menghadiri Met Gala bersama Orlando awal bulan ini.

Walau bagaimanapun, juri rancangan American Idol ini menyangkal segala gosip liar dengan menyatakan mereka masih bersama bahkan hidup bahagia.


Kredit foto: Glamour

Katy menjelaskan bagaimana mereka saling melengkapi, kerana Orlando mengekalkan sikap positif pada setiap masa, sedangkan dia lebih ‘terdedah kepada kemurungan’.


Dalam satu sesi temu bual bersama Chelsea Handler di podcast Dear Chelsea, Katy menjelaskan yang dia selalu tberfikir bagaimanakah Orlando boleh menceriakan suasana dan ramai orang tertanya-tanya apakah yang dia miliki.

Ujarnya, “Dia benar-benar gembira, aura positif manakala saya seorang yang mudah pening dan boleh mudah terdedah kepada kemurungan. Jadi adalah baik untuk saya berada bersama dengannya kerana dia membuatkan saya tidak terlalu terfikir tentang perkara yang mengganggu fikiran.”

Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi yang dia dan Orlando menggunakan khidmat ahli terapi untuk membantu mereka menjadi lebih baik sebagai pasangan.

“Pasangan anda biasanya melihat sisi terbaik dan sisi terburuk anda kerana mereka berada di sana untuk menjadi cerminan kepada diri kita, Orlando dan saya melakukan terapi pasangan, dan kami menyukainya kerana ia membuatkan kami sentiasa senada dalam apa jua yang dilakukan, dan rasa dendam boleh menjadi sangat kuat apabila anda berdua bekerja keras.

“Tuhan memberkati orang yang berjaya dalam perhatian, jadi apabila anda ingin kembali menjadi normal seperti orang lain yang mana anda mempunyai anak dan sebagainya, anda perlu benar-benar belajar bagaimana untuk menjadi jenis yang berbeza di luar sana dalam dunia yang besar dan juga kecil. Oleh itu, kami mempunyai banyak kejayaan dengan terapi pasangan itu,” jelasnya panjang.


Kredit foto: Bloom

Sekadar informasi, pasangan ini memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Daisy Dove Bloom yang dilahirkan pada 26 Ogos 2020. Selain itu mereka turut membesarkan Flynn Bloom,11, yang merupakan anak Orlando bersama bekas isterinya, Miranda Kerr.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 18-5-2022 02:48 PM
laaaa belum kawen ke ??? igtkan kawen da kan ada lagu dia psal baju putih baju wedding ms dia preggy tu
Quote lasagna 18-5-2022 03:22 PM
Orix replied at 18-5-2022 02:48 PM
laaaa belum kawen ke ??? igtkan kawen da kan ada lagu dia psal baju putih baju wedding ms dia preggy ...

belum chuols.. tak tau laa bila nk kawen nya. anak seketul dah keluar, comey sungguh.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.074523 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top