Tular sebuah video di TikTok menunjukkan sebuah kereta tidak bergerak selama tiga jam di hadapan lampu isyarat.
Menurut kapsyen pada video yang dimuat naik pengguna dikenali sebagai Muhammad Rozi Syafiq, pemandu tersebut pada mulanya disangka telah meninggal dunia. Namun, dia rupa-rupanya mabuk dan tertidur di hadapan lampu isyarat berkenaan. Difahamkan, dalam kejadian itu, pihak bomba turut datang untuk membantu mengeluarkan lelaki itu dari keretanya kerana disangka sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, tindakan pemandu berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak penyelamat menimbulkan kemarahan ramai. Tinjauan ke ruangan komen menunjukkan, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut dan berharap polis akan mengambil tindakan terhadap setimpal terhadapnya. Sumber: BeautifulNara |
hashashes: Aku yang tak layan tiktok ni nak tanya lah, fyp tu apa?
hashashes replied at 18-5-2022 10:49 AM
Aku yang tak layan tiktok ni nak tanya lah, fyp tu apa?
zarulnazmi replied at 18-5-2022 02:47 PM
“For You” page atau For Your Page. FYP juga digunakan untuk hashtag atau tagar supaya video masu ...
ADVERTISEMENT