CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pempengaruh Dakwa Siti Jamumall Bayar Review Guna Duit Palsu, Teknik Marketing Ke?

18-5-2022 03:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4806| Komen: 20|Original author: Tatod

Description: Tular di TikTok video pempengaruh dikenali sebagai Putreri Sari mencampakkan wang berjumlah RM10,000 yang didakwa palsu di hadapan seorang 'founder' produk. Pergeseran antara dua individu itu bermula ...

Tular di TikTok video pempengaruh dikenali sebagai Putreri Sari mencampakkan wang berjumlah RM10,000 yang didakwa palsu di hadapan seorang 'founder' produk. Pergeseran antara dua individu itu bermula apabila Puteri menerima tawaran 'paid review' untuk mempromosikan produk usawahan berkenaan.

Menerusi sebuah video baharu, Puteri tampil menunjukkan kepingan not RM50 serta menandakan bahagian yang membuatkan dia curiga bahawa wang yang diberikan kepadanya adalah palsu.

Menerusi perkongsian itu, Puteri turut menceritakan secara terperinci mengenai kejadian berkenaan yang bermula ketika dia dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Siti Jamumall sekaligus berbincang mengenai urusan 'paid review' berkenaan.




"Abang Siti Jamumall nak ambil saya untuk review produk dia. Jadi, alang-alang dia jemput datang beraya di rumah dan bincang. Kebetulan saya ada di Kuala Lumpur sebab ada shooting. Jadi, saya pun datang ke rumah Kak Siti dan beraya seperti biasa.

"Kak Siti pun berikan produk Whitekish dan cash RM10,000. Kemudian saya pun terus gerak ke Kuantan sebab memang nak ke sana. Dalam perjalanan, saya pun check wang tunai yang Kak Siti berikan.

"Kalau korang ada kat tempat saya, korang rasa duit ni asli tak? Siap kat belakang semua ada putih macam wang ini dicetak," katanya sambil menunjukkan gambar wang berkenaan.


Tambahnya lagi, dia bukanlah seseorang yang suka menularkan satu-satu perkara namun wanita tidak mahu insiden sama menimpa individu lain.

"Jujur, saya tak kisah pasal duit tu tapi yang buat saya marah dia tak mengaku kesalahan dia pun dan masih katakan duit tu asli tanpa dia check satu pun. 

"Dan saya risau kalau dia boleh buat kat orang lain sebab dengan saya pun dia buat macam tu," katanya. - CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-5-2022 03:46 PM
Kalau betul tipu mmg celakalah dan kalau gaduh tu pun tipu, maka mohon jangan mengandung dan dimengandungkan.
Quote jari10 18-5-2022 05:38 PM
Lahhh apa susah2 buat kecoh..police report sajelah!! Tak kan itupun kena diajar!

Marketing much kotttttttttt
Quote ellejo 18-5-2022 06:18 PM
laaa, report polis la dekkkkk. kang ko guna duit tu ko pulak yg kene.
Quote solarlunar 18-5-2022 06:54 PM
Siti ni yang kes bayi tertukar ritu hari rasanya.
Quote whimsicalmusic 18-5-2022 10:08 PM
Ade 3 observation aku:
1. Kata g kuantan, pstu patah balik kah hari yg sama utk bdepan siti jamumall?
2. Lakonan manager sari tu very the over..nmpk sgt blakon..
3. Plg xpaham camera man tu dtg ngn sari..tp kenapa bila diorg blah die xikut sama? Side manakah cameraman? Nmpk confius beliau..
Quote syidasaleh 18-5-2022 10:30 PM
Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan
Quote missyL 18-5-2022 11:01 PM
Marketing duit palsu bole la kot tangkap je
Puliss ohh pulisss

Btw siti jamumall ni yg tertukar anak tu
Kemain mase pantang pn dok asek buat content
Penat tgok die
Quote missyL 18-5-2022 11:02 PM
Klo btol2 dah tros g balai je
Ape ke bengap buar tik tok dulu
Quote missyL 18-5-2022 11:02 PM
syidasaleh replied at 18-5-2022 10:30 PM
Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan

Setuju

Ptt x pyh membiak tp mereka ni la anak rmaai
Quote lyshafull 19-5-2022 12:54 AM
Alahaaiii sape2 je la dua2 x kena
Nmpk sgt lakonannye pun agak2 laa mcm org bodoh sgt
Quote ninnamina 19-5-2022 01:18 AM
diorng ni tak tau transfer duit ke eh semua nak cash..
Quote mandear11 19-5-2022 04:29 AM
baca komen anda semua....rata2 semua faham..marketing.....conclusion..anda semua otai2....tgk dah boleh faham....so bayangkan la...kat luar sana berapa ramai yg bengap kot..tak faham..hehehehehehe.....apa nak jadi malaysiaku...huhuhuhuhuhuhuhu
Quote makton 19-5-2022 07:42 AM
cara sari explain tu kelakar la. mcm nak buat pertandingan story telling kat skola. siap senyum kemut2 dpn kemera
Quote 800214 19-5-2022 12:37 PM
Hermmm lakonannya. Nmpk cara tepuk pintu tu kelakar
Quote gigahertz 19-5-2022 09:22 PM
syidasaleh: Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan

siap camera rekod lagi
Quote gigahertz 19-5-2022 09:22 PM
syidasaleh: Marketing booooo. Dr badut2 yg bodoh lagi membodohkan

siap camera rekod lagi
Quote haifawehbe 20-5-2022 01:29 AM
siti ni la tertukar anak haritu.. itu pun iols rasa hanya content semata.. mana ada org hilang anak siap buat live dekat rumah gelak2.. anak hilang dekat hospital tapi live hanya di rumah dgn dlm kete jer.. kesian anak dpt mak bodo sanggup gunakan anak demi marketing.. sekian cercaan iols..
Quote Zaien 24-5-2022 02:53 PM
haifawehbe replied at 20-5-2022 01:29 AM
siti ni la tertukar anak haritu.. itu pun iols rasa hanya content semata.. mana ada org hilang anak  ...

aku tak boleh brain tang hilang anak sambil live nanges2 tuh.. tunggu dlm kereta kt luar hospital x silap masa tu..
aku rs org lain nanges jugak tpi xde la berjam live wey.. x mampu la nk ngadap hadap org luar punya simpati tu kan..
lgi 1.. mcm x logiknya la ambik baby ko x belek segalanya tag kaki smua.. takkan la main cabut buang ke apa..
Quote Markonah_7 13-1-2023 09:13 PM
Sibbaik bukan aku sorang je rengsek dgn minah jamumall ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.260087 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top