|
Penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa korban kejadian tembakan di salah sebuah pasar raya di Buffalo, New York, Amerika Syarikat.
Menurut laporan People, Justin memberikan penghormatan terakhir itu semasa menjayakan siri konsert jelajah di Keybank Centre, Buffalo Penyanyi lagu Ghost ini turut meminta penonton yang hadir meluangkan sedikit masa berdoa dan bertafakur. "Seperti mana yang kita semua sedia maklum, ada kejadian buruk yang berlaku di kota ini.
"Namun, apa yang kita lakukan pada malam ini adalah untuk memberi penghormatan buat mereka." katanya. Pada Sabtu lalu, dunia dikejutkan dengan siri tembakan rambang yang mengorbankan sepuluh nyawa. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.122108 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.