CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jessica Mila Tunjukkan Sikap Profesional Dengan Belajar Solat, Mengaji

18-5-2022 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1447| Komen: 1

Description: Biarpun beragama Kristian, pelakon Jessica Mila, 30, sanggup mendalami Islam termasuk belajar solat dan mengaji demi menjayakan wataknya dalam filem akan datangnya berjudul Mengejar Syurga.
Biarpun beragama Kristian, pelakon Jessica Mila, 30, sanggup mendalami Islam termasuk belajar solat dan mengaji demi menjayakan wataknya dalam filem akan datangnya berjudul Mengejar Syurga.


Menurut Jessica, dia melakonkan watak wanita muslimah dan berhijab iaitu Atika dalam filem terbabit.


Kredit foto: IG Jessica

Justeru, dia perlu benar-benar menjiwai watak terbabit yang berunsur keagamaan.

"Filem ini kan ada unsur keagamaan dan saya sendiri bukan muslim. Jadi, ada cabaran tersendiri di sini.

"Kalau muslim yang taat kan selalunya ada kata-kata biasa mereka ucapkan. Misalnya kalau terkejut sebut astagfirullah," katanya.

Menurutnya, wataknya dalam naskhah arahan Bambang Drias itu juga harus fasih menyebut kalimat tertentu.

"Ucapan seperti masya-Allah, alhamdulillah itu banyak disebut karakter Atika. Jujur, saya memang tidak biasa pakai kata-kata itu tapi belajar perlahan-lahan," katanya.


Kredit foto: IG Jessica

Jessica juga berkata dia perlu berbuat demikian demi tunjukkan sikap profesional sebagai pelakon yang sangat berdedikasi.

"Antara kerja-keras yang perlu saya lakukan adalah cuba guna ucapan solat dalam kehidupan harian.

"Tapi saya lakukan ini kerana watak dalam filem itu. Saya melakukannya dengan profesional," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 18-5-2022 05:44 PM
Mcm takde pelakon islam lain je indon ni. Acah acah sgt

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.342071 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top