Ramai sangka Normah Damanhuri cabut tudung dalam menjayakan wataknya dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia. Namun pelakon ini sebenarnya memilih untuk memakai rambut palsu.
Dia sendiri memberitahu pengarah untuk menggayakan imej sedemikian. "Imej saya dalam filem itu memang saya sendiri yang cakap dekat Hyrul nak pakai wig (rambut palsu). Tak ada la sampai nak free hair. "Sebab saya rasa pakai wig masih okay lagi... itu saja limit yang saya boleh berikan. Tak apa la, orang nak cakap apa, cakap la... biarlah," katanya kepada mStar.
Normah kata walaupun penat seharian menjalani penggambaran, namun dia puas dalam lakonannya. Penat sangat sebab penggambaran dari pagi sampai ke pagi selama beberapa hari juga. Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa. "Tapi yang filem ini penat dengan tenaga sekali. Watak saya pun sangat memenatkan. Tapi sangat seronok. Bagi saya, ada rasa nikmat dan kepuasan."
Normah juga segan untuk melakonkan aksi manja biarpun karakter sebenarnya lebih kurang sama. "Bagi saya, benda (aksi manja) itu untuk tayangan... jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu.
"Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada. "Cuma mereka bantu lagi, Insya-Allah menjadi la (watak)." Ada yang dah tengok tak filem ni? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|