Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa. Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
|
doubleA replied at 17-5-2022 12:16 PM
Amboi dari 5k minta ke 2k, celah gigi sawal je 2k ni
ellZack replied at 17-5-2022 12:25 PM
Benda boleh minta discount, why not. Hahaha.
Tak minta, rugi 3k. Berani minta, jimat 3k.
MatDeghem replied at 17-5-2022 12:25 PM
duit jaminan kan boleh dapat balik.
kenape lah sampai merayu tanggung mak pak. Diri sendiri berbran ...
cantthinkofany replied at 17-5-2022 12:28 PM
kalau aku....aku malu....dan dan ngaku barang branded beli kat kenanga......
ellZack replied at 17-5-2022 12:25 PM
Benda boleh minta discount, why not. Hahaha.
Tak minta, rugi 3k. Berani minta, jimat 3k.
auntyonion replied at 17-5-2022 12:38 PM
Sah2 ootd heshe pn lebih dr nilai tu
ADVERTISEMENT