CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risau Tengok Badan Makin Kurus, Sakit Ke? Farhan Asri Dedah Sebab Sebenar...

17-5-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2203| Komen: 7

Setelah menimbulkan tanda tanya dan kerisauan netizen, pelakon meningkat naik, Farhan Asri, akhirnya membuka cerita mengenai perubahan fizikalnya.

Perkara tersebut dicoretkan finalis Hero Remaja 2017 itu selepas ditanya seorang netizen melalui ruangan AskMe di Instastory.

Menurut Farhan, dia sedang mengawal pemakanan terutamanya dalam pengambilan makanan bergula, makanan segera serta berminyak.


Foto: IG

“Soalan paling panas untuk tahun ini. Sudah lapan bulan tidak mengambil gula. Banyak sangat pantang makan.

“Selain itu saya juga sudah lapan bulan tidak makan benda yang ada tepung dalam makanan dan tidak makan makanan berminyak,” dedahnya.



Mengulas lanjut, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu memberitahu dirinya sudah hampir lapan bulan berhenti merokok dan ‘vaping’.

“Lapan bulan tidak makan makanan segera. Air suam sahaja setiap hari, saya henti minum sejuk.

“Malah, sudah lapan bulan juga berhenti merokok dan ‘vape’,” kongsinya lagi.




Menerusi ruangan sama, Farhan turut memaklumkan dia sebenarnya tidak menghilang daripada industri seni sebaliknya memutuskan untuk berehat buat seketika.

“Paan Alhamdulillah sihat. Cuma berehat sekejap dari penggambaran, akan kembali tidak lama lagi! Doa kan Paan,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 17-5-2022 12:53 PM
wuuuu arrr yusssssss
Quote cantthinkofany 17-5-2022 12:54 PM
berlakon cite ape ni?....ke sbb dah kurus dah tak kenal?
Quote Mary_jane 17-5-2022 06:36 PM
Masa gemuk atau kuruih tetap tak dikenali yah. Whoareyusss?
Quote slyfynx 17-5-2022 09:26 PM
Penah gemuk ke hape ni?
Ko ialah sape?
Quote September14 17-5-2022 09:29 PM
Finalis hero remaja kan dia ni
Quote alieyrina 17-5-2022 10:49 PM
Sekilas ikan di air ..hmmm tak kenai jugak
Quote cicicumel 17-5-2022 10:52 PM
Anak Yusof wilcha kan?
Adik dia lembut. Twin.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035198 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top